KATA BILANGAN - UPSR
LATIH TUBI
TATABAHASA : KATA BILANGAN
Isi tempat kosong dengan pilihan
jawapan yang betul.
1 Kakak amat menggemari telur ayam
masak ______________.
A semua B seluruh
C separuh D sesetengah
2 ____________kawasan lapang di
belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.
A Setiap B Segelintir
C Sebilangan D
Sebahagian
3 Syazwani gemar mengumpulkan
_____________jenis setem luar negara.
A berbagai B pelbagai
C seluruh D
segala
4 ____________ orang penjenayah itu
telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
A Ketiga B Tiap-tiap
C Sesetengah D Kedua-dua
5 Lembu peliharaan Pak Samad ada
______________ekor?
A beberapa B keempat
C separuh D
berapa
6 _____________helai kertas melayang
apabila Kamariah menghempas fail ke atas mejanya.
A Seluruh B Ribuan C Setengah
D Beberapa
7 Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia
setelah_______________menderita penyakit angin ahmar.
A berhari-hari B berabad-abad C bertahun-tahun D berkurun-kurun
8 ________________jenis cenderamata dijual
di ______________ gerai itu.
A Pelbagai… setiap B
Berbagai…semua C Beberapa…segala D
Pelbagai…segala
9 _______________tubuhnya terasa lemah
____________kali diserang demam panas.
A Tiga suku… sekalian B Setengah…beberapa C
Seluruh…sekalian D Seluruh…setiap
10 Tuan Zaidi mendermakan ____________
daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
A sebahagian
B sesetengah C
beberapa D ribuan
11 ______________murid diwajibkan
menyertai aktiviti kokurikulum.
A Para B Setiap C Ribuan D Setengah
12 Majikan itu melayani
_______________pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
A separuh B beberapa C sebahagian D semua
13 Pihak imigresen memeriksa ____badan
penumpang kapal terbang sebagai langkah keselamatan.
A seluruh B setengah C segelintir
D beberapa
14 Aiman sedah diberitahu
______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan itu.
A beberapa
B beribu-ribu
C berkali-kali D
beratus-ratus
15 ______________hadirin dipersilakan
menikmati jamuan ringan.
A Para-para
B Setengah C Segala D Para
16 _________________hujung bulan dia ke
pasar raya itu untuk membeli belah.
A Semua
B Setiap C
Setengah D Beberapa
17 Stadium itu penuh sesak dengan ___________penyokong
Pasukan Hijau Kuning.
A puluhan
B ribuan C setiap
D separa
18 ___________buah tong hilang
dipercayai mengandungi sisa toksik ditemukan di tepi belukar itu.
A Beberapa B Setengah C Separuh D Sebahagian
19 ______kali selepas bersolat , dia
mengangkat _____belah tangannya dan berdoa kepada Tuhan.
A Beberapa… kedua-dua B Pertama …semua C Setiap…kedua-dua D Setengah-setengah…dua
20 ______pandangannya menjadi gelap
apabila _______belah matanya terkena semburan cecair itu.
A Seluruh…kedua-dua B Kedua-dua…seluruh C Setiap…kedua-dua D Sesetengah…semua
No comments:
Post a Comment