Monday, 5 August 2019

SENARAI PERIBAHASA UPSR - ADA DALAM BUKU TEKS

Dahulukan untuk menghafal peribahasa dan maksudnya yang terdapat dalam buku teks. Biasanya peribahasa yang ditanya dalam UPSR ialah peribahasa yang terdapat dalam buku teks. Disertakan di bawah ini senarai peribahasa yang terkandung dalam buku teks. Maksudnyaaa? Cari sendiri...

BIL
PERIBAHASA
BUKU TEKS TAHUN
1
air tangan
6
2
ambil berat
4
3
anak watan
5
4
baik hati
3
5
baik sangka
4
6
berat hati
5
7
berbesar hati
5
8
berganding bahu
5
9
berpeluk tubuh
5
10
bersatu hati
4
11
bersemangat waja
6
12
besar hati
5
13
buah fikiran
5
14
buah tangan
6
15
bulat hati
6
16
bulat kata
6
17
buruk sangka
3
18
cahaya mata
5
19
cekal hati
3
20
fikiran terbuka
3
21
gigi ombak
6
22
hasrat hati
6
23
hati terbuka
6
24
hemah tinggi
3
25
hidung tinggi
5
26
iri hati
3
27
jamu mata
6
28
jejak langkah
5
29
kata putus
5
30
kata sepakat
5
31
kerja keras
3
32
lapang dada
6
33
membanting tulang
5
34
memerah keringat
6
35
menara gading
3
36
murah hati
6
37
otak cair
5
38
pasang telinga
6
39
patah semangat
6
40
perah kerigat
5
41
permata hati
6
42
puas hatii
3
43
putus asa
4
44
putus harapan
6
45
rendah diri
5
46
ringan tulang
3
47
ringan tulang
6
48
sua muka
6
49
tambat hati
6
50
tangan terbuka
6
51
terang hati
5
52
titik peluh
3
53
tulus hati
6
54
turun padang
5
55
alah bisa tegal biasa
4
56
alah membeli menang memakai
6
57
alang-alang berdakwat, biar hitam
6
58
ayam tambatan
6
59
bagai aur dengan tebing
5
60
bagai bulan jatuh ke riba UPSR 2016
6
61
bagai dihiris dengan sembilu
6
62
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
5
63
bagaikan dipanah halilintar
6
64
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
5
65
bahasa jiwa bangsa
6
66
bangsa membaca bangsa berjaya
6
67
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
5
68
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
5
69
beringat sebelum kena
4
70
berpantang maut sebelum ajal
6
71
bersatu teguh bercerai roboh
6
72
biar lambat asalkan selamat
4
73
biar putih tulang jangan putih mata
6
74
bijak seperti pendeta
6
75
buang yang keruh, ambil yang jernih
6
76
buatan malaysia pilihan bijak
6
77
bukit sama didaki, lurah sama dituruni
6
78
bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat
6
79
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
4
80
di mana ada gula, di situ ada semut UPSR 2018
4
81
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
5
82
di sini lahirnya sebuah cinta
6
83
hanya jauhari yang mengenal manikam
6
84
harimau mati meninggalkan belang, manusia mat meninggalkan nama
4
85
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
4
86
hilang di mata, di hati jangan
6
87
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negei sendiri
5
88
kais pagi makakn pagi, kais petang makan petang
6
89
malang tidak berbau
4
90
melentur buluh biarlah dari rebungnya
5
91
membuka langkah seribu
5
92
pandu cermat jiwa selamat
6
93
peliharalah yang lama pelajarilah yang baharu
4
94
sebulat suara
4
95
seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
6
96
sepakat membawa berkat
6
97
seperti buluh perindu
6
98
seperti kacang lupakan kulit
5
99
seperti menatang minyak yang penuh
6
100
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
6
101
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
4
102
tepuk dada, tanya selera
5
103
umpama tikus jatuh ke beras UPSR 2016
6
104
usaha tangga kejayaan
5
105
yang bulat tidak datang bergoleh, yang pipih tidak datang melayang
5
106
yang lama dikelek, yang baharu didukung
4


LATIHAN PERIBAHASA

LATIH TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA                  
 
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1.      Datuk saya tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia ____________.
A buta hati                 
B buta huruf    
C buta kayu               
D buta gaji

2.     Zamani tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap____________ .
 A anak buah             
 B anak emas             
 C anak tunggal         
 D anak bongsu

3.     Semasa menaiki pesawat ke Pulau Langkawi, adik tidak henti-henti berbual kerana adik _______________.
             A otak cair                
B otak udang                         
C mulut murai                         
D mulut tempayan

4.     Zainal mengambil sekeping roti berkrim sebagai _________ sebelum pergi ke sekolah.
            A alas perut                
B ikat perut                 
 C perut busuk                        
            D perut kosong

  1. Kesemua __________ Pak Leman dan Mak Tijah sudah mendirikan rumah tangga.
            A anak tut                  
B anak tiri                   
C anak bini                
D anak beranak

  1. Kamali dan isterinya _________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
            A langkah kanan                   
B langkah bendul       
C langkah seribu                    
D langkah kiri

  1. Puan Mazlina masih ________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
            A geli hati                               
B makan hati              
C cekal hati                            
D isi hati

  1. Semua barang itu dijual dengan ____________ dalam Jualan Mega Perdana.
            A harga diri                
B harga mati              
C tanda mata                          
D tanda harga

  1. Darwish__________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri. 
            A pekak badak          
B lepas tangan                         
C makan hati                         
D tidur mati

  1. Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana ________   semasa mengadili perlawanan tersebut.
            A banyak mulut                      
B berat sebelah            
C angkat kaki              
D lepas tangan

  1. Keadaan Razali _______ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur                          
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang                           
D bagai balak terendam

  1. Zakian dan Zulin ________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
 A bagai ayam disambar helang                  
 B bagai anjing dengan kucing
            C bagai katak di bawah tempurung                         
D bagai melepaskan batuk di tangga

  1. Kebanyakan penduduk Kampung Guar Kepah __________kerana mereka mendapat bayaran  pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
            A bagai bulan jatuh ke riba 
B bagai kaca jatuh ke batu         
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang

  1. Puan Aizyah_______ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
            A bagai melepas anjing tersepit                    
            B bagai dihiris dengan sembilu
            C bagai ayam disambar helang                   
            D bagai kaca jatuh ke batu

  1. Zakuan dianggap ____kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
            A seperti lipas kudung                                                
 B seperti ayam berak kapur
            C seperti bulan penuh purnama                    
            D seperti kera sumbang

  1. Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Roslinda dan adik-adiknya ____________ .
 A bagai  mendukung biawak hidup                        
            B bagai ayam mengeram telur
            C bagai pahat dengan penukul                   
 D bagai wau putus tali

  1. Encik Badrul ______ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang   yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi                       
            B bagai menghitung bulu kambing
            C bagai berumah di tepi pantai                                   
D bagai anjing buruk kepala

  1. Mak Leha hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya ____ .
            A seperti rumput di tepi jalan                           
            B seperti tikus jatuh ke beras
            C seperti mendukung biawah hidup               
            D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

  1. Jalan raya menuju ke Genting Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ______________ .
            A bumi dengan langit                                                
 B aur ditarik songsang
            C pinang dibelah dua                                                 
            D ular kena palu

  1. Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Amin telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti __________________ .
            A enau dalam belukar                                               
 B kacang lupakan kulit
            C aur dengan tebing                                                 
            D dakwat dengan kertas

  1. Rosli berasa ________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.
            A makan hati                                       
B iri hati           
            C ada hati                              
D buah hati

  1. Pada cuti hujung minggu, Encik Norman membawa keluarganya _________ ke taman bunga.
      A ambil hati                
B ambil langkah                     
C ambil ringan                       
D ambil angin

  1. Aswad ___________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.
            A makan hati               
B jatuh hati                 
C iri hati                      
D ambil hati

  1. Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi ____ rakyat Malaysia.
            A buah tangan            
B buah mulut              
C buah hati                
D buah pena

  1.  _____ Puan Ameera apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
            A Makan hati             
B Hancur hati              
C Besar hati                
D Jatuh hati

  1. ____________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.
            A Air muka                  
B Ada hati                  
C Ada harapan         
D Air tangan

  1. Perbuatan memberi atau menerima ______ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
            A duit hantaran                      
B duit pecah               
C duit raya                   
D duit kopi

  1. Cikgu Asiah tiba-tiba __________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa   ujian dijalankan.
            A ada angin               
B atas angin                 
C naik angin              
D khabar angin

  1. Kakak menjadi ________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.
            A rambang mata                   
B lupa daratan                       
C serkap jarang                     
D lipas kudung

  1. Semua murid __________ untuk mendengar taklimat perkhemahan yang akan diadakan di   Hutan Lipur Ulu Yam pada minggu depan.
            A pasang badan                    
B pasang telinga 
C ambil berat                                     
D ambil hati 

  1. Safri______ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
            A seperti mencurah garam ke laut                 
            B seperti kera mendapat bunga
            C seperti Belanda diberi tanah                                    
D seperti hujan jatuh ke pasir

  1. Ishak memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya______________ .
            A tepuk dada tanya selera                               
            B segan bertanya sesat jalan
            C harapkan pagar, pagar makan padi                       
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

  1. Azizan tidak mengamalkan sikap ________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
            A buang yang keruh ambil yang jernih                     
B segan bertanya sesat jalan
            C sambil menyelam minum air                       
            D bagaimana acuan begitulah kuihnya

  1. Sungguhpun Mawi dan Marwan merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
            A rambut sama hitam, hati lain-lain                 
B sambil menyelam minum air
            C ukur baju di badan sendiri                        
D tepuk dada tanya selera

  1. Penduduk di Bandar Kinrara sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai ________ . 
A cincin dengan permata                              
B kucing dengan anjing
            C aur dengan tebing                                                 
D isi dengan kuku

  1. Syahid tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin __________.
            A lain di mulut lain di hati                              
B tepuk dada tanya selera
            C indah khabar daripada rupa                     
D belakang parang diasah lagikan tajam

  1. Encik Mustafa ______ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
            A seperti lembu dicucuk hidung                    
B seperti anjing menyalak bukit
            C seperti tikus membaiki labu                        
D seperti murai tercabut ekor

  1. Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Izham kepada murid-muridnya ___________erana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.
            A bagai haruan makan anak                                    
            B bagai kambing dihalau ke air
            C bagai mencurah air ke daun keladi                      
D bagai melepaskan batuk di tangga

  1. Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja _________________. 
            A bagai gergaji dua mata                             
            B bagai pahat dengan penukul
C bagai kucing kehilangan anak                  
D bagai telur di hujung tanduk

  1. Azelan seperti _______ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
            A katak di bawah tempurung                                      
B ayam disambar helang
            C kera mendapat bunga                                 
D murai tercabut ekor

  1. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa __________ bagi menyelesaikan kes keracunan makanan di  kantin sekolah.
            A campur tangan                  
B gila bayang              
C ambil ringan                                   
D bulat hati

  1. Persembahan Pak Yus dalam rancangan Raja Lawak sungguh _____________para penonton.
            A mengambil berat                  
B mengambil tahu        
C menarik hati                                    
D mencuit hati

  1. Semua guru  tidak sepatutnya _______ terhadap anak didiknya semasa berada di dalam bilik darjah.
            A pilih kasih                
B patah hati   
C panas hati              
D perang mulut

  1. Haris Azeran merupakan ________ pasukan bola baling Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.
            A lipas kudung                                     
B ayam tambatan        
C orang tengah                     
D bekas tangan

  1. Ameyla perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya _________________ .
            A pasang telinga                   
B telinga kuali               
C pekak badak                      
D telinga lintah

  1. Semua mangsa banjir di Kuala Muda ___________ untuk menyelamatkan harta-benda mereka daripada  dihanyutkan air.
            A mencari jalan          
B membuka jalan       
C mencari untung      
D membuka langkah

  1. Penanam tembakau itu _____ di tengah panas untuk mencari rezeki menyara keluarga mereka.
            A curi tulang               
B tulang belakang       
C membanting tulang            
D ringan tulang

  1. Penduduk Kampung Bumbung Lima ____ sejak pukul lapan pagi untuk membaiki jambatan yang rosak.
            A ringan tangan           
B ringan tulang           
C mandi kerbau         
D mandi keringat

  1. Nuriatul menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang ____________.
            A bidan terjun              
B bongkok udang      
C pening lalat                        
D puteri lilin

  1. Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di ________ kerana dia takutkan ombak.
      A atas pagar              
B luar pagar                 
C gigi air                    
D bawah angin

  1. Kehidupan Hanani sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya____________ 
A bagai menatang minyak yang penuh          
            B bagai kucing kehilangan anak
            C bagai kacang lupakan kulit                                        
D bagai aur dengan tebing   

  1. Perbuatan Ikram menceritakan keburukan keluarganya itu ________ kepada jiran tetangganya.
            A seperti hujan jatuh ke pasir                         
B seperti menanam tebu di bibir
            C seperti membuka pekung di dada                         
D seperti musuh dalam selimut

  1. Segala janji manis wakil insurans itu ________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang  memberi perkhidmatan.
            A bagai mencurah air ke daun keladi                       
B bagai menyusu kera di hutan
            C bagai anjing menyalak bukit                                 
D bagai menanam tebu di bibir

  1. Azurawati dan Erniza tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Tokyo _______________ .
            A seperti rusa masuk kampung                                  
B seperti kerbau dicucuk hidung
            C seperti kera mendapat bunga                   
D seperti si buta kehilangan tongkat

  1. Walaupun Budin dan Badul merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza __________.
            A seperti tikus jatuh ke beras                
B seperti langit dengan bumi
            C seperti pungguk rindukan bulan                
D seperti mentimun dengan durian

  1. Bakhtiar seperti __________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Malaysia yang lalu.
            A katak disimbah air                            
B gagak pulang ke benua
            C melukut di tepi gantang                             
            D  harimau menyembunyikan kukunya

  1. Pasangan Razif dan Rosnani sememang sepadan jika disatukan laksana __________ .
            A lembu kasi               
B batik lasam 
C kunyit dengan kapur          
D garam dengan asam

  1. Pelakon Fazura bagai _____ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2019.
            A melepas anjing tersepit                               
B bulan penuh purnama
            C haruan makan anak                                              
D itik pulang petang

  1. Abang SAmad _______ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
            A bagai si kudung mendapat cincin                         
B bagai anjing dengan kucing
            C bagai tikus membaiki labu                        
D bagai kumbang putus tali

  1. Kehidupan Yusnizai ______________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak   membenarkannya keluar seorang diri.
A   umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan  
      terkurung
            B   umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
            C  umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
            D  umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang

No comments:

Post a Comment