LATIHAN TATABAHASA UPSR - GERAK GEMPUR
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
GANTI NAMA
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.
1 “Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada
ibunya.
A kita B kami C saya D mereka
2 Darus dan Intan bersahabat
karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia B Kita C Kami D Mereka
3 “Jika _______ ada masalah
sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada
saya.
A mereka B kamu C kami D dia
4 Salmi murid tahun enam.
_______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia B Kami C Awak D Saya
5 Bangunan baru itu telah
dirasmikan oleh _______.
A dia B kami
C kamu D beliau
6 Sebagai murid, _______
hendaklah belajar bersungguh-sungguh,”
kata
cikgu.
A dia B kita
C kamu D mereka
7 Mari kita ikut _______ ke
perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
A mereka
B
awak C
saya D kami
8 “Boleh _______ tumpang
bertanya?” kata Suri dan Muna kepada
pemuda
itu.
A kamu B awak C kami D saya
9 “Ampun _______ tuanku,” sembah
Hang Tuah kepada raja.
A beta B patik C hamba D baginda
10 “Jika ________ ada masa
lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani
kepada
awan-kawannya.
A dia
B awak C beliau D kalian
11 “Nah, ambil wang _______!”
kata emak sambil menghulurkan wang
kepada
saya.
A
itu B ini C sini
D situ
12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada
urusan di _______.
A itu B sini C sana D mana
13 “Cuaca di _______ sungguh
sejuk,” kata Sabri sambil menahan
kesejukan.
A mana B sini C situ D ini
14 “Jangan berkelakuan _______, tidak elok,”
nasihat ibu kepada
Zarina.
A begitu B begini C itu D ini
15 Kalau tidak ada _______
masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
A apa-apa B bila-bila C mana-mana D
siapa-siapa
16 Duduklah di _______ yang
kausuka.
A mana B siapa C siapa-siapa D mana-mana
17 Entah _______ yang
disimpannya di dalam peti besi itu.
A bila-bila
B
apa-apa C siapa-siapa D mana-mana
18 _______ pun tidak dibenarkan
masuk ke dalam dewan peperiksaan.
A Bila-bila
B
Apa-apa C Mana-mana D Siapa-siapa
19 Jemputlah ke rumah saya
_______ encik ada masa lapang.
A bila B siapa C bila-bila D siapa-siapa
20 “_______lah ucapan daripada
Guru Besar,” kata juruacara majlis.
A Ini B Begini C Begitu D Demikian
21 “Ibu, duit Adik Farah hilang
semasa ________ bermain seorang diri di taman permainan,” kata Umi kepada ibunya.
A beliau
B kami C kita D dia
22 “Ali, suruh _______ datang
ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kata Cikgu Maimun kepada saya.
A kami B kamu C beliau
D mereka
23 Encik Wan Omar bakal
pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya
kepada _______
A ia B dia C beliau D mereka
24 “Sebagai tentera, _______
berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir,”
kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
A kita B kami
C beliau D mereka
25 Kalau engkau tidak ada kerja
marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti dan Yusni kepada Nurul.
A mereka B engkau C kalian D kami
26 “Ibu, ini kawan-kawan lama
saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?” kata Rosmaini kepada ibunya.
A mereka B engkau C kalian D dia
27 “Kalau_______izinkan
sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,” sembah ahli nujum kepada
sultan.
A tuan B tuanku C baginda D tuan hamba
28 “Saya harap _______ dapat
mempersembahkan permainan yang bermutu
nanti,” kata jurulatih bola sepak
itu kepada pemain-pemainnya.
A mereka B kalian
C kami D kita
29 Setelah sultan itu mangkat,
maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _______.
A baginda
B tuanku C beta D
nya
30 “_______lah caranya membuat
masakan gulai tempoyak cili api,” kata Puan Balkhis kepada pelajarnya.
A Demikian
B Begitu C Begini D Apa
LATIH TUBI TATABAHASA :
PENJODOH BILANGAN
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi
tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
1 Untuk memagari kebunnya, Pak
Cik Rashid telah membeli beratus-ratus _________ kawat berduri.
A utas B
gulung C
gelung D
bidang
2 __________ bunga kenanga
terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak B Sekuntum C Sejambangan D Sebatang
3 Sapu tangan itu dijahit
dengan se __________ benang.
A utas B untai
C gulung D lembar
4 “Masukkan se __________ garam
ke dalam lauk itu,” kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
A cuit B cubit C colet D genggam
5 __________ awan mendung
berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B
Sekelompok C Sehamparan
D
Sekumpulan
6 Beberapa __________ pulau
yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok C buah D biji
7 Se
____kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja
tulisnya.
A patah
B potong C cebis D untai
8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji B ulas C buah D buku
9 Kakak menggunakan se
__________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis B bentuk C lembar D cucuk
10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke
arah perompak itu.
A butir B das C biji D pucuk
11 Buku itu berharga dua belas
ringgit se __________ .
A papan B keping C naskhah D rangkap
12 Beliau memulakan ucapannya
dengan se __________ pantun.
A baris B patah C rangkap
D buah
13 Ayah membeli dua __________
petai di gerai itu.
A gelung B papan C mata D biji
14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B
berkas C
kotak D
pucuk
15 Mazirah membeli sebatang
tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat __________ .
A sebiji
B seruas C sehiris D seketul
16 Pak Cik Yusof mempunyai
beberapa ________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota.
A pintu
B papan C bidang D rangkai
17 Pemuda itu telah menjumpai
__________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A seutas B sebilah C sejambak D serumpun
18 Beberapa __________ mutiara
diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
A ulas
B butir C keping D potong
19 Ayah memasukkan __________
filem ke dalam kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang D sebuah
20 Pemuda itu membeli
__________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping
B
selembar C senaskhah D sehelai
21 “Tolong belikan saya se
________ pisang dan se _________ rambutan di gerai buah-buahan itu,” pesan ibu
kepada ayah.
A biji ... buah B sisir ... Ikat C tandan ... gugus D sikat.....longgok
22 “Letakkan lima _______
mangkuk dan beberapa _______ camca di atas meja itu,” kata Chef Wan kepada
pembantunya.
A biji ... batang B buah ... batang C bekas ... bilah D butir ... bilah
23 Maimun menggubah dua
__________ bunga mawar. Kemudian, dia meletakkannya di atas se __________
almari.
A kuntum ... biji B bakul ... buah C jambak ... deret D jambangan ... buah
24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa ________ parang dan
______ tali untuk mencari rotan.
A sebentuk ... selembar B sebatang ... segelung C selaras ... segulung D sebilah ... seutas
25 Naemah mengambil __________
isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
A seekor B secubit C seketul D segenggam
26 Ayah membelikan adik
__________ langsat dan __________ rambutan.
A segugus ... setangkai B segugus ... seikat C sebiji ... selonggok D
setangkai ... segugus
27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga
dan __________ pena.
A sekuntum ..... sebilah B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk D sejambak ..... sebatang
28 Polis telah melepaskan
beberapa _____ tembakan dengan menggunakan lima _______ rifel M16.
A butir ..... pucuk B das ..... laras C biji ..... batang
D laras ..... das
29 Kakak membeli __________
kain songket dan __________ tikar di Kedai Payang.
A sehelai ... segulung B secarik .... segelung C secebis ... sehamparan D sehelai ..... sebidang
30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
A genggam .... segerombolan B batang ..... sekumpulan C ketul .... sekawan D kepal ..... seekor
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
KERJA
Isi
tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh
C
mengenang D mengerang
2 Badan Nabilah__________kerana
ketakutan.
A menggeliat B menggeletar C menggelupur
D menggelepar
3 Pengemis itu ___________oleh
pekerja restoran tersebut.
A dihalang
B dibuang
C dihalau D ditindas
4 Mak Cik Hasnah sedang
___________bawang di dapur.
A menumbuk
B
mengetuk C memukul D memalu
5 Ibu ____________kelapa untuk
mendapatkan santannya.
A memicit
B melenyek C memerah D menindih
6 Anak ayam lari bertempiaran
apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut B menyambar C merampas D mengambil
7 Persatuan Seni Lukis Sekolah
Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan
B
menjalankan C mengadakan D melahirkan
8 Kampung Berlian dan Kampung
Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah B terpisah C terpecah
D
terbahagi
9 Ular sawa itu __________
seekor kambing.
A melulur
B
meneguk C mengunyah D menghisap
10 Sebelum sesuatu aktiviti
dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang B menimbang C melaksana D melihat
11 Lilian__________buku cerita
yang dipinjamnya kepada Tan.
A
memberikan B menyerahkan
C memulangkan D
menghulurkan
12Peniaga itu
_____________keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada
pelanggan-pelanggannya.
A
meraih B mencapai C
mengumpul D
mengais
13 Mulut adik_______semasa
mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A
tertutup B
tersengih C terlopong D terkatup
14 Fauzan ___________kedatangan
Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A
menunggu B menyambut
C mengajak D menanti
15 Banduan itu terpaksa
______di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A
menetap B menginap C meringkuk D
menumpang
16 Syarikat Tonggak Maju
mampu________projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A
menganjurkan B melaksanakan
C meningkatkan D
mengadakan
17 Adik__________kerana memakai
kasut tumit tinggi ibu.
A
terjatuh B
tertimpa C terhantuk D terhempas
18 Elina__________perca-perca
kain itu pada selimut yang koyak.
A
melekatkan B menampalkan
C mencantumkan D meletakkan
19 Sang Kancil yang cerdik itu
berjaya ______sungai yang dalam dengan tipu
helahnya.
A melepasi
B melangkahi C mengharungi D menyeberangi
20 Lidahnya melecur kerana
___________air yang masih panas itu.
A
terhisap B
tertelan C tersedut D terhirup
21 Bekalan air di kawasan kami
sering___________ .
A terkandas
B
terganggu C terpotong D terhalang
22 Chong Ming __________
sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
A mendengkur
B mendepang C
menggeliat D menganga
23 Murid-murid Tahun Enam Mawar
ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh guru kelas mereka yang __________ hati.
A menggeletek
B
menyentuh C menggores D mencuit
24 Setelah menanak nasi, ibu
________ ikan senangin untuk dimasak kari.
A menghiris B menyiang C mencincang
D menyiat
25 Kenny jatuh terduduk apabila
__________ kulit pisang.
A terpijak B terpegang C tersentuh
D terlangkah
26 Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar
undang-undang jalan raya.
A mendenda B memarahi C menyaman D menasihati
27 Pak Long Ahmad tidak
berselera ________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
A menjamah B menyuap C mencubit D menelan
28 Penunggang motosikal itu
telah _________ rantai leher wanita itu.
A menyinggung B menyambar C merenggut D merampas
29 Hasil eksperimen itu akan
_________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada beliau.
A diumumkan
B dinyatakan C dibahaskan
D
dibincangkan
30 Rosman __________ jalanya ke
dalam anak sungai itu.
A membalingkan
B melemparkan C menebarkan D
mencampakkan
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
ADJEKTIF
Isikan tempat kosong dengan
kata adjektif yang sesuai.
1Kaki Pak Senin digigit pacat,
darah __________ meleleh di kakinya.
A cair B putih C pekat D merah
2 Semua seluarnya sudah menjadi
__________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar C
singkat D
longgar
3 Buah-buahan tempatan sungguh
______________ dan berpatutan pula harganya.
A kelat B enak
C manis D masam
4 Abdul Halim sedang mengasah
sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A tajam
B kasar C kesat D tumpul
5 Air sungai itu __________ kerana sampah
sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih B hitam C kotor D bersih
6 Pengawas lelaki itu sering
membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
A kecil B tebal
C besar
D
panjang
7 Cuaca malam ini __________
kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk
B damai C panas D nyaman
8 Udara di Calet Air Panas,
Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
A baik B cergas C nyaman D indah
9 __________ sungguh
pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah
B Muram C Kelam D Sayup
10 Pelajar Tahun Enam Waja
sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
A baik B malu C takut D patuh
11 Marsya
berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
A pilu B mahu
C
cemas D gembira
12 Samad menjolok buah mangga
itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________
A tinggi
B besar C kontot
D panjang
13 Asam jawa selalu digunakan
oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
A hapak B hanyir C tengik D hancing
14 Penyanyi yang mempunyai
suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
A serak
B garau
C
merdu D nyaring
15 Roziah yang ringan mulut itu
sungguh___________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B
senang C ramah D kasar
16 Para pendaki Gunung Kinabalu
meneruskan pendakian dalam___________ pagi tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan C kemalapan D kepanasan
17 Dahi adik kelihatan
______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B
bengkak C botak D lekuk
18 Jalan di Bandaraya Kuala
Lumpur menjadi ________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
A lengang
B
senyap C muram D suram
19 Mata Aminah ____________
kerana terkena air sabun.
A pedas
B
lebam C pedih D panas
20 Jambatan yang _________ itu
akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
A luas B sempit C senang D besar
21 Tapak tangan Pak Abu
________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.
A menggelupas B menggerutu C melecur D melecet
22 Nana berasa ________ apabila
ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.
A geli B haru C kelam D gundah
23 Itik itu mempunyai bulu yang
________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
A kesat
B telap C telus D
kalis
24 Pak Tamin begitu _____
memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .
A terkilan
B runsing
C murung D
sengsara
25 Keadaan menjadi semakin
________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .
A pelik B
gawat C runsing D rencam
26 Bau _______ pada bajunya
telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu .
A busuk ,tengik B hanyir, wangi C hapak
,harum D hancing ,mersik
27 Cik Loh sangat ________
mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu .
A ghairah B asyik C tekun D leka
28 Durrah tergelincir semasa
melalui jalan yang ________ itu .
A becak B lembik C lembap D bengkok
29 Tiang-tiang elektrik di
tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.
A serong B bengkok C bongkok D condong
30 Motosikal yang dipandu laju
itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah
bertentangan .
A jauh B
cepat C dekat D nyaris
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Pilih perkataan
berlawanan erti dengan
perkataan bergaris dalam
ayat-ayat di bawah
ini.
1 Selepas Tan berpindah tempat duduk,
penglihatannya menjadi jelas.
A kabur
B pudar C
terang D
senang
2 “Kevin sering datang ke rumah saya,”
kata Muniandy.
A jarang-jarang B kadangkala C selalu D
kerap
3 Persembahan budak itu
mendapat pujian daripada
orang ramai.
A sokongan
B
galakan C sindiran D cacian
4 Orang yang berbaju merah itu gila.
A baik B waras
C
berguna D sempurna
5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.
A diserahkan B dirampas C dipinjam D diterima
6 Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi
abang.
A longgar
B lembut
C
kendur D ringan
7 Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .
A renggang B lama C jauh
D
baik
8 Vellu meluahkan makanan yang sudah
basi.
A menghabiskan
B
mengunyah C menyimpan D menelan
9 Cuaca malam ini panas.
A hangat
B sejuk
C suam D
merah
10 Ceramah yang disampaikannya agak hambar .
A elok B lucu C
tepat D
menarik
11 Aqila tidak suka menonton
filem jenaka.
A sedih B lasak
C ganas D rencana
12 Kerja-kerja menurap jalan
itu terpaksa ditangguhkan
atas arahan pihak berkuasa.
A diabaikan B diteruskan C ditundakan D
diselesaikan
13 Budak lelaki yang diculik
itu telah dikurung
olehpenculiknya.
A dilepaskan
B dipenjara C
dibunuh D
diperap
14 Projek pembinaan rumah
pangsa itu terbengkalai
sejak setahun yang lalu.
A tertangguh
B separuh C selesa D
siap
15 Hasil tenunan kain sutera
itu sangat halus.
A kasar B
Kesat C
keras D ketat
16 Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu.
A akrab B baik C putus D
mesra
17 Saya meluat akan sikapnya yang
mengada-ngada.
A suka B benci C terpesona D
menyampah
18 Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di
hadapan pusat beli belah.
A gila B waras C mabuk D terencat
19 Anis mempelawa bapa saudaranya yang
baru tiba dari Ipoh.
A mempersilakan B mengundang C menjemput D menghalau
20 Sebagai ketua pasukan, Hafiz
masih yakin bahawa
pasukannya akan menang dalam perlawanan itu.
A tulus B setuju
C sangsi D berharap
LATIH TUBI TATABAHASA :
SINONIM
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
1 Bunga mawar yang ditanam oleh
emaknya di taman itu sedang mekar.
A layu B hidup
C kuncup D kembang
2 Puan Hasnah merupakan seorang
wanita yang tabah
menghadapi dugaan.
A kuat B berani
C
gentar D kasar
3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran
bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.
A petang B senja
C malam D subuh
4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu
nyamuk.
A leka B lena C mudah
D selesa
5 Kucing ialah binatang yang
boleh melihat dengan terang
pada waktu malam.
A sepi B nyata C jelas D kabur
6 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin
larut.
A riuh B hiba C tenang D lengang
7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.
A sumbangan B cadangan C hasutan D galakan
8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan
sebaik-baiknya.
A wasiat B arahan C utusan D siasatan
9 Mak Cik Zainab memukul ular
yang melulur anak
ayamnya petang semalam.
A menelan B mematuk C memakan D memagut
10 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak
dia berumur sepuluh tahun.
A laju B yakin C tegas D
petah
11 Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang
dihidapi oleh anaknya.
A takut
B sedih C khuatir
D
hampa
12 Encik Hamidi menyampaikan
pendapatnya dengan suara yang lantang
dalam mesyuarat itu.
A kuat B ragu C cepat D hebat
13 Cik Salina sedang menanam
pokok bunga di halaman rumahnya.
A anjung B perkarangan C belakang
D serambi
14 Ayah mengherdik adik kerana bermain di
tempat kotor.
A memujuk
B mengusir C membentak
D
menyanjung
15 Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya
memasuki universiti ditolak.
A malu B sedih C kecewa D terkilan
16 Loganathan membantai kucing hitam itu dengan
sebatang penyapu.
A menghentak B memukul C mengetuk D menghentam
17 “ Tolong alihkan kerusi plastik itu ke
tepi,” kata Siew Teng kepada adiknya.
A tukarkan
B gantikan
C
ubahkan D buangkan
18 Encik Abdullah sekeluarga
akan berhijrah ke
Sabah pada bulan hadapan.
A beralih
B
berpindah C bertandang D berangkat
19 Saya sering makan di restoran itu
kerana masakannya sedap belaka.
A selalu
B
jarang C kadang-kadang D sesekali
20 Kami menikmati panorama indah di Pulau
Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas.
A mendapati
B menggemari C
menghayati D mengingati
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
SENDI
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.
1 Gerakan mencari mangsa bot
karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.
A dari B
sejak C
hingga D daripada
2 Abang Zaki mengambil gambar
kami __________ menggunakan kamera Nikon.
A di B pada
C
dengan D
kepada
3 Angin Monsun Timur Laut
dijangka akan bertiup kencang __________ bahagian utara.
A ke B di
C
pada D
hingga
4 Kelawar keluar mencari
makanan __________ waktu malam.
A di B pada C hingga D daripada
5 Tudung saji itu digantung
__________ dinding bersebelahan dengan bilik emak.
A di B pada C dalam D dengan
6 Nadia memasukkan sampah
__________ dalam tong sampah.
A di B ke C pada D dengan
7 Aimee berjalan kaki ke
sekolah __________ adiknya, Aina pada setiap pagi.
A bagi B
demi C antara
D dengan
8 Kak Kiah membuat sebiji kek
coklat __________ hari jadi anaknya.
A bagi B demi C
untuk D
kepada
9 Para remaja dinasihati supaya
tidak terpengaruh ____________ budaya barat yang tidak bermoral.
A dengan B terhadap C kepada D Pada
10 Encik Amir menjolok buah
rambutan yang tinggi itu __________ galah.
A untuk B pada C dengan D kepada
11 Seminar Bahasa Melayu itu
telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah dan Sarawak.
A daripada B hingga
C
sampai D dari
12 Sepasang baju kurung biru itu dibelinya _____________ ibu di
kampung.
A akan B untuk C kepada D daripada
13 Mereka sedang berbincang
____________ kenaikan harga barang-barang keperluan harian.
A tentang
B akan C untuk D
sejak
14 Mak Cik Mimah termenung
sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________anaknya yang menuntut di
Mesir.
A oleh B akan
C dengan
D kepada
15 Borang cadangan itu
hendaklah dimasukkan ___________ dalam peti yang berwarna hitam.
A di B ke C pada D dengan
16 Projek perumahan Mega sudah
terbengkalai ____________ tiga tahun yang lalu.
A dari B sejak C hingga D sampai
17 Menara Berkembar Petronas
terdiri ______________ dua buah bangunan yang sama bentuknya.
A dari B
pada C dengan D daripada
18 Kejayaan kita dalam
pelajaran bergantung ____________ daya usaha kita sendiri.
A oleh B pada C kepada D daripada
19 Perompak bank itu menyerah
diri __________ pihak polis petang semalam.
A kepada B dengan C pada D ke
20 ”Hadiah itu __________ kamu,
Zetty, ” kata Salina.
A pada B untuk
C dengan D kepada
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
HUBUNG
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi
tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1 Guru itu sering dipuji
___________ rajin bekerja.
A atau B
jika C agar D kerana
2 Haji Shahrul Anuar bukan
sahaja pemurah ___________ baik hati.
A dan B tetapi
C manakala D walaupun
3 Rumainah bersorak terlalu
kuat ___________ suaranya serak.
A hingga B tatkala C setelah
D supaya
4 Pencuri memasuki rumah itu
__________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar B ketika C hingga D setelah
5 Encik Azmeer akan menghadiri
mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan _____ bulan hadapan?
A dan B lalu
C atau D maka
6 Din mengambil surat itu
_________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A lalu B agar C maka D kerana
7 Charles lulus ujian itu
_________ adiknya gagal.
A dan B
serta C tetapi D malahan
8 Zamzarina berkata-kata
__________ merenung wajah temannya.
A kerana B sambil
C maka D lalu
9 Farzana ______ Mei Hua sangat
gembira kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
A dan B lalu C tetapi
D
walhal
10 __________ keluarga Wong
tiba, datuknya tiada di rumah.
A Semasa B Setelah C Supaya D
Sementara
11 Keluarga Chong Wei mungkin
berpindah ke Johor __________ ke Melaka.
A dan B lalu
C
atau D agar
12 Encik Sulaiman berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat.
A untuk
B
jikalau C bahawa D semoga
13 ___________ pegawai kastam
membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya.
A Semoga B Sewaktu
C Supaya D Setelah
14 Encik Lim menebas
semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.
A apabila B manakala C walaupun D
sedangkan
15 Halim tetap dengan
pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________ ditentang oleh ibunya.
A sementara B walaupun
C sejak D agar
16 Hamid tidak datang ke sekolah
____________ minggu lepas.
A semenjak B sewaktu
C kerana D selagi
17 Murid-murid diminta beratur
__________ menaiki bas.
A ketika B setelah C semenjak D sementara
18 Landskap itu dibina oleh
guru-guru, ibu bapa ________ murid-murid sekolah itu.
A lalu
B maka C serta D atau
19 __________ menonton drama
lucu itu, mereka ketawa berdekah-dekah.
A Apabila B Kerana
C Sambil D
Semasa
20 Izuddin masuk ke kelas
________ Cikgu Norman sedang mengajar.
A sementara B malahan C tatkala
D sambil
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
SERU
Isi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 ________, pedihnya hatiku
setelah ditinggalkan kekasih!
A Aduh
B Wah C Cis D Eh
2 ________, pedihnya perutku
kerana tidak bersarapan tadi!
A Cis B Nah C Aduh
D Wahai
3 ________ pemuda pemudi,
hendaklah kamu menjauhi najis dadah!
A Amboi B Wahai
C Wah D Cis
4 ________, lihatlah gambar ini sebagai bahan
bukti yang ada pada masa ini!
A Syabas B Aduh
C Nah D Eh
5 _______, pelik betul pakaian kamu lain
daripada orang lain!
A Eh B
Syabas C Amboi D Aduhai
6 _______,
atas kejayaan merebut Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut!
A Aduh
B
Wahai C Syabas
D Aduhai
7 _______, bila agaknya tarikh pengumuman
keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini!
A Aduhai B Wahai
C Wah
D Eh
8 _______, cuba kamu perhatikan wanita yang
berbaju merah di hujung sana!
A Hai B Wah
C Wahai
D Syabas
9 ______,
aku tidak bersetuju menjual tanah pusaka itu untuk kegunaan masing-masing!
A Ah B Hai
C Syabas
D Aduhai
10 _______, cantik sungguh model kereta
Proton Persona keluaran terbaru Syarikat Proton!
A Oh B
Wah C
Aduh D Wahai
11
_______, terimalah bayaran wang yang kamu pinta tempoh hari!
A Nah
B
Cis C
Aduhai D Celaka
12
_______, besar sungguh rumah Datuk Kamal ini bagaikan istana raja!
A Wah
B Aduh
C Syabas D Aduhai
13
_______, maafkan daku kerana tidak dapat menerima dirimu lagi!
A Oh B
Cis C Wahai
D Aduhai
14 _______, sudah lama kita tidak bertemu
sejak tamat pengajian di maktab dulu!
A Wahai
B Aduh
C Hai D Eh
15 _______, dasar tidak malu
hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!
A Nah B Cis
C
Amboi D Syabas
16
_______, tidak sangka Rahim pun turut serta dalam pertandingan badminton ini!
A Eh B Wahai
C Syabas D
Aduhai
17 _______, bingitnya telingaku mendengar
muzik yang keluar dari pembesar suara itu!
A Oh B Cis
C
Aduh D Wahai
18 _______, engkau pun sama
suka memerah keringat orang dengan membayar upah yang kecil!
A Ah B
Nah C
Amboi D
Wahai
19 _____ rakan-rakanku, janganlah kita takut
untuk menentang musuh yang akan menjajah
negara ini!
A Wahai
B Wah C Oh D Eh
20 _______, enaknya rasa masakan yang terdapat
di restoran kari kepala ikan ini!
A Wah B
Hai C Nah D Amboi
KATA PEMERI
A. Pilih
jawapan yang betul.
01.
Hari ini ialah hari jadi Ahmad.
A. Betul
B.
Salah
02.
Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.
A. Betul B. Salah
03.
Harga barangan yang dijual di pasar raya
itu adalah berpatutan.
A. Betul B. Salah
04. Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar
jantung.
A. Betul B. Salah
05.
Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.
A.
Betul B. Salah
06.
Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara
Masyiroh Taib.
A. Betul
B. Salah
07.
Tuduhan itu ialah palsu.
A. Betul B. Salah
08. Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang
lulusan Universiti Al-Azhar.
A. Betul B. Salah
09. Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih
abang saya.
A. Betul B. Salah
10. Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.
A. Betul
B. Salah
Bahagian B
Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang
sesuai.
1.
Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan Jantung
Malaysia dengan Soy Rich.
2.
Ayahnya _______________seorang bekas polis.
3.
Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.
4.
Perempuan tua yang bertudung putih itu _____________ibu saya.
5.
Sumbangan itu ________________daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan para
pekerja sekolah ini.
BAHAGIAN C
Pilih jawapan yang betul.
1. " Adalah diumumkan bahawa hari esok cuti
umum," kata pengetua.
A.
betul B. salah
2. Encik Ahmad adalah orang yang pertama tiba
di garisan penamat.
A.
betul B.
salah
3. Punca kebakaran itu adalah daripada
kelalaian manusia.
A.
betul B.
salah
4. Hadiah yang saya beli semalam adalah untuk
Ani.
A.
betul B.
salah
5. Bangunan di bandar raya New York adalah
tinggi-tinggi belaka.
A.
betul B.
salah
6. Harga kereta yang dibeli oleh Ali semalam
adalah murah.
A.
betul B.
salah
7. Rumput di tepi kolam itu ialah hijau-hijau
belaka.
A.
betul B.
salah
8. Perbelanjaan kami sekeluarga pada bulan
puasa adalah sangat tinggi.
A.
betul B.
salah
9. Wang yang ada pada saya ini ialah wang baki
simpanannya.
A.
betul B.
salah
10.
Kereta solar yang dipertandingkan itu ialah ciptaan sekumpulan mahasiswa UTM.
A.
betul B.
salah
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
BANTU
Isi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Masa menjawab soalan itu __________ tamat.
A sudah
B lalu C
mesti D sedang
2. Salmiah __________ tinggal serumah dengan
Amirah suatu ketika dahulu.
A sudah B
sedang C pernah D masih
3. Dalam pertandingan bola sepak itu, pasukan
sekolah Ali ___________ kalah.
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
![](file:///C:/Users/user/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
4. Chef Nizam ___________ mengangkat kek dari
ketuhar.
A sedang
B masih C telah D mesti
5.
Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.
A dapat
B
hendak C boleh D harus
6. Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke
rumahnya.
A mesti B harus C mahu D sedang
7. Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh
pada pukul 9.00 pagi tadi.
A sedang
B harus C akan D telah
8. Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam
kejadian ini?
A dapat
B
mesti C harus D sudah
9. Kamu ___________ pandai memujuk hatinya yang
luka itu.
A mesti
B sedang C
sudah D akan
10. Pasukan sekolah Syafiq
________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.
A harus
B
akan C telah D mesti
11. Cikgu Kalsom ___________ ke
Pulau Tioman pada hujung minggu hadapan.
A belum B akan C
telah D pernah
12. Puan Khatijah _______________ menjahit baju
sutera itu lagi.
A telah
B akan C belum D pernah
13. Shasha ________ pergi ke
sekolah pagi esok.
A akan B dapat
C
sudah D telah
14. Zamili _______ menyiapkan
kerja sekolahnya semalam.
A masih B sudah
C pernah D sedang
15. Pak Abu _______
menghabiskan ubat yang diberikan oleh doktor.
A sedang B pernah
C masih D mesti
16. Ali dan Salim _______ makan
nasi goreng kampung.
A mesti
B harus C
sedang D
dapat
17. Cikgu Azmir belum ________ mengajar
murid-murid di kelas KIA2M .
A sedang
B pernah C
telah D akan
18. Khalid, Riduan, dan Hashim
________ menyertai pasukan bola sepak negara setelah menjalani beberapa sesi
ujian.
A dapat B mesti
C
masih D sedang
19. Walaupun menghadapi
pelbagai halangan, Siti _____ tetap bersabar.
A telah
B mahu C
masih D hendak
20. Semua pengawas sekolah
______ memakai tali leher pada setiap hari Isnin.
A akan B mahu C
belum D sedang
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
BILANGAN
Isi tempat kosong dengan
pilihan jawapan yang betul.
1 Kakak amat menggemari telur
ayam masak ______________.
A semua B seluruh
C separuh
D sesetengah
2 ____________kawasan lapang di
belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.
A Setiap B Segelintir
C Sebilangan D Sebahagian
3 Syazwani gemar mengumpulkan
_____________jenis setem luar negara.
A berbagai B pelbagai
C seluruh D
segala
4 ____________ orang penjenayah
itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
A Ketiga B Tiap-tiap
C Sesetengah D Kedua-dua
5 Lembu peliharaan Pak Samad
ada ______________ekor?
A beberapa B keempat
C separuh D
berapa
6 _____________helai kertas
melayang apabila Kamariah menghempas fail ke atas mejanya.
A Seluruh B Ribuan C Setengah
D Beberapa
7 Haji Ahmad akhirnya meninggal
dunia setelah_______________menderita penyakit angin ahmar.
A berhari-hari B berabad-abad C bertahun-tahun D berkurun-kurun
8 ________________jenis
cenderamata dijual di ______________
gerai itu.
A Pelbagai… setiap B
Berbagai…semua C Beberapa…segala D Pelbagai…segala
9 _______________tubuhnya
terasa lemah ____________kali diserang demam panas.
A Tiga suku… sekalian B Setengah…beberapa C
Seluruh…sekalian D Seluruh…setiap
10 Tuan Zaidi mendermakan
____________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
A sebahagian
B sesetengah C
beberapa D ribuan
11 ______________murid
diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
A Para B
Setiap
C Ribuan D Setengah
12 Majikan itu melayani
_______________pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
A separuh
B beberapa C sebahagian D semua
13 Pihak imigresen memeriksa
____badan penumpang kapal terbang sebagai langkah keselamatan.
A seluruh B setengah C segelintir
D beberapa
14 Aiman sedah diberitahu
______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan itu.
A beberapa
B beribu-ribu C
berkali-kali D beratus-ratus
15 ______________hadirin
dipersilakan menikmati jamuan ringan.
A Para-para
B Setengah C Segala D Para
16 _________________hujung
bulan dia ke pasar raya itu untuk membeli belah.
A Semua
B Setiap C Setengah
D Beberapa
17 Stadium itu penuh sesak
dengan ___________penyokong Pasukan Hijau Kuning.
A puluhan
B ribuan C setiap
D separa
18 ___________buah tong hilang
dipercayai mengandungi sisa toksik ditemukan di tepi belukar itu.
A Beberapa B Setengah C Separuh
D Sebahagian
19 ______kali selepas bersolat
, dia mengangkat _____belah tangannya dan berdoa kepada Tuhan.
A Beberapa… kedua-dua B Pertama …semua C Setiap…kedua-dua D Setengah-setengah…dua
20 ______pandangannya menjadi
gelap apabila _______belah matanya terkena semburan cecair itu.
A Seluruh…kedua-dua B Kedua-dua…seluruh C Setiap…kedua-dua D Sesetengah…semua
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
PENGUAT
Isi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 ______________ pantas kuda
berwarna putih itu berlari.
A Nian B Benar C Sekali D
Terlalu
2 Haiwan yang ___________ besar
di darat ialah gajah.
A betul B benar C sekali D
paling
3 Antara batu permata itu,
berlian yang ___________mahal.
A paling B
sekali C benar D betul
4 Rasa kopi yang dibancuh oleh
Ros _________ manis.
A nian B agak C betul D
benar
5 Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________
handal.
A paling B
sekali C
betul D
nian
6 Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.
A sungguh B
sekali C
benar
D nian
7 Cerita yang dikarang oleh Maniam itu
_________ menarik.
A amat B betul C benar D
sekali
8 Rasa buah durian tembaga itu
_________ sedap.
A betul B benar C sekali D
sangat
9 Sang Kancil merupakan haiwan
yang __________ pintar.
A paling B sekali C betul D
nian
10 “ ________ cantik
pemandangan yang kamu lukis ini,” puji
Halim kepada Zainal.
A Sungguh B
Sekali C Betul D Nian
11 Biskut coklat yang dibuat
oleh Mak Cik Yam ____________rangup.
A sekali B betul C amat D
nian
12 Suhu di dalam bilik hotel
________ sejuk sehingga saya menggigil.
A terlalu B sekali C betul D
nian
13 Pantas ___________ kuda
putih itu berlari meninggalkan kuda-kuda yang lain.
A agak B sekali C paling D terlalu
14 Haiwan yang besar
___________ di air ialah ikan paus.
A agak B paling C sekali D terlalu
15 Antara murid Tahun 6 Rajin, Murni yang tinggi ___________.
A paling B sekali C agak D terlalu
16 Nescafe yang dibancuh oleh
Ratni manis_________rasanya.
A agak B benar C terlalu D paling
17 Pesawat itu mendarat dengan
laju _______ lalu terbabas di hujung landasan.
A paling B sekali C agak D
terlalu
18 Tulisan tangan Salina cantik
dan kemas_________.
A terlalu B
paling C benar
Soalan 19 dan Soalan 20
Semua
jawapan untuk ayat di bawah adalah betul kecuali
19 Cerita yang dikarang oleh
Murally itu menarik _________ .
A amat B betul C agak D
sekali
20 Rasa buah durian tembaga
sedap _________.
A agak B benar C sekali D
sungguh
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
GANDA
Isi tempat kosong dengan kata
ganda yang sesuai.
1 Petani memasang __________ di
tengah sawah untuk menakutkan burung.
A kisi-kisi
B orang-orang C
tupai-tupai D layang-layang
2 Pawagam menjadi ___________
setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
A riuh-rendah B
gelap-gelita C porak-peranda D
terang-benderang
3 Baju Jaswan Singh ___________
kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
A comot-momot
B koyak-rabak C serba-serbih D compang-camping
4 Ideanya telah ditolak
_________ oleh majikannya.
A hidup-hidup
B bulat-bulat C
betul-betul D
terang-benderang
5 Pak Chee suka makan sup
____________ ikan.
A bebola B jejari
C
dedaun D kekabu
6 Mereka ketawa ___________
apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
A teresak-esak
B terkebil-kebil C terbahak-bahak D tergelak-gelak
7 Kemalangan sering berlaku di
jalan yang __________ itu.
A berkelip-kelip B berpinar-pinar C berderet-deret D
berliku-liku
8 Bantal yang berisi __________
amat lembut sekali.
A dedaun B kekabu C
bebola D bebiri
9 Ayah menyapu __________
kering yang gugur dari pohon manggis itu.
A dedaun B
kekabu C
bebola D bebiri
10 Keadaan menjadi _________
apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.
A haru-biru B
keluh-kesah C kusut-masai
D tunggang-langgang
11 Sereena membalut hadiah itu
___________.
A kemas-kemas B ketat-ketat C kuat-kuat
D erat-erat
12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami
__________ akibat keracunan makanan.
A lemah-longlai B lemah-gemalai C hiruk-pikuk D cirit-birit
13 Sheela menangis __________
apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.
A tercungap-cungap B terbahak-bahak C teresak-esak D tersipu-sipu
14 Setiap hari kami terpaksa
________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
A ulang-alik B
bolak-balik C mundar-mandir D lalu-lalang
15 Daerah Kuala Kangsar
terkenal dengan penghasilan ________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
A kekuda B
sesiku C
kekisi D lelabu
16 Berbasikal secara ____________ di jalan
raya boleh mengundang kemalangan.
A bersaing-saing B berbaris-baris C
berluncur-luncur D berderet-deret
17 Banyak __________ rendang
yang ditahan di kawasan rekreasi itu.
A dedahan B
pepohon C
dedaun D
reranting
18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok
ketapang itu.
A jentik-jentik B pijat-pijat C anai-anai D kura-kura
19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di
kawasan air terjun yang popular itu.
A ulang-alik B
lalu-lalang C mundar-mandir D
mandi-manda
20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila
diusik oleh rakan-rakannya.
A kebiru-biruan B kemalu-maluan C keanak-anakan D kemerah-merahan
21 Rancangan itu dilakukan
secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
A lambat-laun
B sorok-sorok C senyap-senyap D
sayup-sayup
22 Rambut budak lelaki itu
kelihatan __________ kerana tidak disisir.
A kusut-masai B
serba-serbih C comot-momot
D compang-camping
23 Polis telah __________
tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
A bertukar-tukar B berhujah-hujah C
berbalas-balas D berganti-ganti
24 Aiman lari __________
melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
A riuh-rendah B
lintang-pukang C kumat-kamit
D lalu-lalang
25 Pengusaha kantin menjadi
__________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.
A huru-hara
B remeh-temeh C
kelam-kabut D kacau-bilau
26 Pendapat pemuda itu telah
ditolak __________ oleh majikannya.
A mentah-mentah B senang-senang C semua-semua D betul-betul
27 Adik berjalan __________ ke
sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
A terkial-kial
B tersekat-sekat C terhuyung-hayang D terhincut-hincut
28 Saya suka __________ di
pasar raya Jaya Jusco
A berulang-alik B meliang-liuk C bersiar-siar D membeli-belah
29 Dedaun kelapa __________ ditiup
angin sepoi-sepoi bahasa.
A berkibar-kibar B
meliang-liuk C bersiar-siar
D membeli-belah
30 Kilang simen itu
mengeluarkan __________ asap ke udara.
A bergumpal-gumpal B bersimpul-simpul C berkepul-kepul D
berketul-ketul
31 Adi memeluk pinggang ayahnya
__________ ketika membonceng motorsikal ayahnya.
A erat-erat B dekat-dekat C
betul-betul D diam-diam
32 Hal yang __________ tidak sepatutnya
dibincangkan dalam mesyuarat tadi.
A hangar-bingar B kucar-kacir C dolak-dalik D
remeh-temeh
33 Pakaian di dalam mesin basuh
itu __________ ketika dicuci.
A berketul-ketul B
berbonggol-bonggol C
bergumpal-gumpal D bersimpul-simpul
34Menjelang pilihan raya yang
ke-12, orang ramai __________ keluar untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh calon-calon yang bertanding.
A berhimpit-himpit B berpusu-pusu C
berebut-rebut D berbaris-baris
35 Pembalakan haruslah
dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan gondol.
A rumput-rampai B gunung-ganang C semak-samun
D bukit-bukau
36 Tangan datuk __________
akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.
A terketar-ketar B tergigil-gigil C
termangu-mangu D terkial-kial
37 Wajah Intan Suraya
__________ apabila mendapat hadiah sempena hari jadinya yang ke-14.
A berseri-seri B berkilau-kilau C berpinar-pinar D
bersinar-sinar
38 Jalur Gemilang kelihatan
__________ apabila ditiup angin.
A berbuai-buai
B berkibar-kibar C bergoyang-goyang D bergerak-gerak
39 Muka petinju itu __________
akibat tumbukan pihak lawan.
A calar-balar
B bengkak-bengkil C comot-momot D bengkang-bengkok
40 Samira _________ dilanggar
kereta ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu.
A dekat-dekat B
kadang-kadang C nyaris-nyaris D
hampir-hampir
41 Operasi mencari dan
menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan Renjer kerana
mereka lebih mengetahui __________ hutan
simpan itu.
A simpang-siur B
selok-belok C lekak-lekuk D hiruk-pikuk
42 Persahabatan kami tetap erat
walaupun kami tinggal berjauhan kerana kami sering __________.
A pandang-memandang B jelling-menjeling C
tegur-menegur D kunjung-mengunjung
43 Suasana __________ di
stadium itu jelas kedengaran tatkala wisel penamat ditiupkan.
A huru-hara B
hiruk-pikuk C kacau-bilau D kucar-kacir
44 Tangisan pilu mangsa
kekejaman Zionis itu masih _________ di telingaku.
A terngiang-ngiang B teringat-ingat C
berbisik-bisik D
berdering-dering
45 Kami masih dapat melihat
kilauan permata itu walaupun dalam cahaya yang __________.
A pinar-pinar B
balam-balam C samar-samar D suram-suram
46 Encik Bala berjalan
_________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya.
A ulang-alik B lintang-pukang C mundar-mandir
D kelam-kabut
47 Kemunculan seekor tikus dari
celah pintu itu telah menyebabkan suasana ______ di kelas 6 Teratai.
A hangar-bingar B
gundah-gulana C jerit-pekik D tunggang-langgang
48 __________ muka adik menahan kesakitan akibat
terjatuh dari basikalnya.
A Bermuka-muka B Berpinar-pinar C
Berkedut-kedut D Berkerut-kerut
49 Pertahanan pasukan Perak
__________ akibat daripada asakan bertubi- tubi pasukan lawan.
A hiruk-pikuk B
kucar-kacir C kacau-bilau D haru-biru
50 Puan Kumari menggunakan
___________ yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya.
A beras-petas B kuih-muih
C rempah-ratus D
sayur-mayur
LATIH TUBI TATABAHASA : PENANDA
WACANA
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk
mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1 Alia mendapati dompetnya
hilang. ______ dompetnya tercicir atau
tersalah letak.
A Justeru B Mungkin C Akhirnya D Kemudian
2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang
mengaku menumbuk Alif Haikal.
A lagipun B mungkin C akhirnya D kemudian
3 Nurul Aina tidak hadir ke
sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
A Lagipun B Mungkin C Akhirnya D Kemudian
4 Lapan orang peserta menarik
diri. ______, program lawatan itu terpaksa dibatalkan.
A Jadi C Mungkin B Justeru D Sebaliknya
5 Dato’ Khir menyampaikan
ucapan. ______, beliau merasmikan laman web syarikat itu.
A Namun B Mungkin C Meskipun D Seterusnya
6 Jamil belum menghantar borang
penyertaan pertandingan mengarang ________tarikh tutup semakin hampir.
A justeru C namun B lagipun D walhal
7 _________ membeli kereta, memiliki basikal
_____ dia tidak mampu.
A Baik …pun
B
Jangankan…pun C Walaupun…bahkan D Walaupun…namun
8 Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia
menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
A Kemudian B Namun C Mungkin D Selain itu
9 Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih.
____________ sukat air secukupnya.
A Namun
B Oleh itu C
Kemudian D Dengan demikian
10 Rohaya seorang murid yang rajin dan
berdisiplin. ___________ dia sentiasa mendapat pujian daripada guru-gurunya.
A Selain itu
B Oleh
sebab itu C Namun demikian D Biarpun demikian
11 Cikgu Salman selalu memarahi
murid-muridnya. _______________ , murid-murid menghormatinya kerana beliau
seorang guru yang
berdedikasi.
A Selain itu
B Namun begitu C
Oleh sebab itu D Lebih-lebih lagi
12 Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke
laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.
A walaupun begitu B namun demikian C lebih-lebih lagi D
selepas itu
13 Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak
projek kerana kegawatan ekonomi. ______________, program membantu rakyat miskin
tetap dilaksanakan.
A Selain itu B Lebih-lebih lagi C Walaupun demikian D Oleh sebab itu
14 Berita yang disampaikannya sungguh
mengejutkan saya. _____________, saya mencuba sedaya upaya unuk bertenang.
A Namun demikian B Selepas itu C Oleh itu
D Justeru
15 Pelajar yang bermasalah itu
diminta menceritakan hal yang sebenarnya. ___________, diberi nasihat.
A Mungkin
B Selain itu C Selepas itu D Lebih-lebih lagi
16 Kami membawa murid-murid
melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah . _________, kami bercadang akan berkelah di
Tanjung Bidara.
A Selain itu B
Lebih-lebih lagi C Biarpun demikian D
Namun demikian
17 Kehidupan Mak Kiah
diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________,
semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anak-anaknya.
A Biarpun demikian B Lebih-lebih lagi C Oleh itu D
Mungkin
18 Simpan semua buku sekarang, ______ kita
akan mengadakan kuiz teka silang kata.
A kemudian B akan tetapi C selanjutnya D namun begitu
19 Pergi mandi dahulu. _______
bersedia untuk ke kelas piano.
A Selepas itu B Namun begitu C Oleh sebab itu D Tambahan pula
20 Orang ramai merungut kerana
harga barang semakin naik. ____________, harga barangan keperluan.
A Tambahan pula B Oleh sebab itu C Namun
begitu D
Lebih-lebih lagi
LATIH
TUBI TATABAHASA : PERIBAHASA
Isi
tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Nenek Sunarti tidak pernah
membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia ____________.
A buta hati B buta huruf C
buta kayu D buta gaji
2 Tan Lean Keong tidak
mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap_____________ .
A anak buah B anak emas C anak tunggal
D anak bongsu
3 Semasa menaiki pesawat ke
Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik _______________.
A otak cair
B otak udang C
mulut murai D mulut tempayan
4 Kunding mengambil sekeping
roti berkrim sebagai _________ sebelum pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut C perut busuk D perut kosong
5 Kesemua __________ Tuan Haji
Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri C
anak bini D anak beranak
6 Azizi dan anak-anaknya
_________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
A langkah kanan B langkah bendul C
langkah seribu D langkah kiri
7 Puan Basrah masih ________
meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan
daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati C
cekal hati D isi
hati
8 Semua barang itu dijual
dengan _____________ dalam Pameran Jom Heboh.
A harga diri
B harga mati C
tanda mata D tanda harga
9 Yoke Lan ___________ sehingga dia tidak menyedari
bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
A pekak badak B lepas tangan C makan hati
D tidur mati
10 Pengadil bola sepak antara
sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana
________ semasa mengadili perlawanan
tersebut.
A banyak mulut B
berat sebelah C angkat kaki D lepas tangan
11 Keadaan Aliff Imran
______________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang D bagai balak terendam
12 Siti Norhana dan Nurul
Amirah _________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung D
bagai melepaskan batuk di tangga
13 Kebanyakan penduduk Kampung
Sungai Batu ________________kerana mereka mendapat bayaran
pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging D bagai ayam disambar helang
14 Puan Zainab ________________ kerana lima ahli keluarganya
telah maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit B
bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang D bagai kaca jatuh ke batu
15 Oii Sik Lee dianggap
____________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama D
seperti kera sumbang
16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan
Azira dan adik-adiknya ____________________ .
A bagai
mendukung biawak hidup B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul D bagai wau putus tali
17 Encik Badarudin ______
setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai D bagai anjing
buruk kepala
18 Mak Timah hidup susah dan
terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya _____ .
A seperti rumput di tepi jalan B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup D
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
19 Jalan raya menuju ke Cameron
Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ______________ .
A bumi dengan langit B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua D ular kena palu
20 Setelah berjaya menjawat
jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung
seperti __________________ .
A enau dalam belukar B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing D dakwat dengan kertas
21 Salmi Farhana berasa
________________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.
A makan hati
B iri hati
C ada hati D
buah hati
22 Pada cuti hujung minggu,
Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.
A ambil hati
B ambil langkah C
ambil ringan D ambil
angin
23 Sarasawaji ______________
dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.
A makan hati B jatuh hati
C iri hati D ambil hati
24 Kejayaan perenang Malik
Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi ____________ rakyat Malaysia.
A buah tangan B buah mulut
C buah hati D buah pena
25 _____ Puan Anita apabila
mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya.
A Makan hati
B Hancur hati C
Besar hati D Jatuh hati
26 ___________________ budak
itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.
A Air muka B Ada hati
C Ada harapan D Air tangan
27 Perbuatan memberi atau
menerima ______ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran B duit pecah C duit
raya D duit kopi
28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba
__________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
A ada angin
B atas angin C naik angin
D khabar angin
29 Emak menjadi ___________
ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.
A rambang mata
B lupa daratan C
serkap jarang D lipas
kudung
30 Semua murid __________ untuk
mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu
depan.
A pasang badan B pasang telinga C ambil
berat D ambil hati
31 Kamaruzaman ________ kerana
tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
A seperti mencurah garam ke laut B seperti kera mendapat bunga
C seperti Belanda diberi tanah D seperti hujan jatuh ke pasir
32 Badrul Amin memastikan semua
anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya______________
.
A tepuk dada tanya selera B segan bertanya sesat jalan
C harapkan pagar, pagar makan padi D
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
33 Zamir Azril tidak
mengamalkan sikap _______________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih B
segan bertanya sesat jalan
C sambil menyelam minum air D bagaimana acuan begitulah kuihnya
34 Sungguhpun Erra Fazira dan
Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak
sependapat seperti ___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain B
sambil menyelam minum air
C ukur baju di badan sendiri D tepuk dada tanya selera
35 Penduduk di Taman Seri
Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai ____________ .
A cincin dengan permata B kucing dengan anjing
C aur dengan tebing D isi dengan kuku
36 Goh Swei Mooi tidak berputus
asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________ .
A lain di mulut lain di hati B tepuk dada tanya selera
C indah khabar daripada rupa D
belakang parang diasah lagikan tajam
37 Encik Tarmizi ______ kerana
beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
A seperti lembu dicucuk hidung B seperti anjing menyalak bukit
C seperti tikus membaiki labu D seperti murai tercabut ekor
38 Semua teguran dan nasihat
yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya ________________
kerana semua nasihatnya tidak mereka
endahkan.
A bagai haruan makan anak B bagai kambing dihalau ke air
C bagai mencurah air ke daun keladi D
bagai melepaskan batuk di tangga
39 Para pekerja binaan itu
berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku
pada bila-bila masa sahaja _________________.
A bagai gergaji dua mata B bagai pahat dengan penukul
C bagai kucing kehilangan anak D bagai telur di hujung tanduk
40 Subramaniam seperti
_____________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
A katak di bawah tempurung B ayam disambar helang
C kera mendapat bunga D
murai tercabut ekor
41 Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid terpaksa __________ bagi menyelesaikan kes keracunan makanan di kantin sekolah.
A campur tangan B gila bayang C ambil ringan D bulat hati
42 Persembahan Nabil dalam
rancangan Raja Lawak sungguh _____________para penonton.
A mengambil berat B mengambil tahu C menarik hati D
mencuit hati
43 Semua guru tidak sepatutnya _______ terhadap anak
didiknya semasa berada di dalam bilik darjah.
A pilih kasih
B patah hati C panas hati D perang mulut
44 Mohamad Zuhairi merupakan
________ pasukan bola baling Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.
A lipas kudung B ayam tambatan C orang tengah D
bekas tangan
45 Faridatul perlu menguatkan
suara apabila bercakap kerana neneknya ____________________ .
A pasang telinga B
telinga kuali C pekak badak
D telinga lintah
46 Semua mangsa banjir di Batu
Pahat ___________ untuk menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air.
A mencari jalan B
membuka jalan C mencari untung D membuka langkah
47 Penanam tembakau itu
________ di tengah panas untuk mencari rezeki menyara keluarga mereka.
A curi tulang
B tulang belakang C
membanting tulang D ringan tulang
48 Penduduk Kampung Panchor
_______ sejak pukul lapan pagi untuk membaiki jambatan yang rosak.
A ringan tangan B ringan tulang C
mandi kerbau D
mandi keringat
49 Sabariah menarik diri dalam
acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang ____________.
A bidan terjun B bongkok udang C
pening lalat D puteri lilin
50 Abang saya suka berenang
manakala kakak hanya suka bermain di ________ kerana dia takutkan ombak.
A atas pagar
B luar pagar C gigi air
D bawah
angin
51 Kehidupan Intan Najwa
sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya
menjaganya____________
A bagai menatang minyak yang penuh B bagai kucing kehilangan anak
C bagai kacang lupakan kulit D bagai aur dengan tebing
52 Perbuatan Imran menceritakan
keburukan keluarganya itu ____________ kepada jiran tetangganya.
A seperti hujan jatuh ke pasir B
seperti menanam tebu di bibir
C seperti membuka pekung di dada D
seperti musuh dalam selimut
53 Segala janji manis wakil
insurans itu ________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi
datang memberi perkhidmatan.
A bagai mencurah air ke daun keladi B bagai menyusu kera di hutan
C bagai anjing menyalak bukit D bagai menanam tebu di bibir
54 Zulfa dan Hasnah
tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah _______________________ .
A seperti rusa masuk kampung B
seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti kera mendapat bunga D
seperti si buta kehilangan tongkat
55 Walaupun Badrul dan Badrin
merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza
__________.
A seperti tikus jatuh ke beras B seperti langit dengan bumi
C seperti pungguk rindukan bulan D seperti mentimun dengan durian
56 Balasenan seperti
______________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan
menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.
A katak disimbah air B gagak pulang ke benua
C melukut di tepi gantang D harimau
menyembunyikan kukunya
57 Pasangan Dato Khalid dan
Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika disatukan laksana __________ .
A lembu kasi
B batik lasam C
kunyit dengan kapur D garam dengan asam
58 Pelakon Maya Karin bagai
____________ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2013.
A melepas anjing tersepit B bulan penuh purnama
C haruan makan anak D
itik pulang petang
59 Abang Safuan _________
kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
A bagai si kudung mendapat cincin B
bagai anjing dengan kucing
C bagai tikus membaiki labu D
bagai kumbang putus tali
60 Kehidupan Sazniwati
______________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi
tidak
membenarkannya
keluar seorang diri.
A umpama burung di dalam sangkar, mata
terlepas, badan terkurung
B umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang
sayang
C umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke
air juga
D umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
BANYAK MAKNA
Pilih ayat yang menggunakan
perkataan bergaris dengan betul.
1 I Cahaya hari ini hangat sekali.
II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh
seorang cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya
matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah
mendengar berita baik itu.
A I dan II
B II dan III C I dan IV
D III dan IV
2 I Kawasan yang rendah
itu selalu dilanda banjir.
II Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.
III Harga kereta nasional lebih rendah
daripada harga kereta import.
IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah
dalam mata pelajaran Sains.
A II dan III
B III dan IV C
I,II dan III D I,III dan IV
3 I Dia diminta bentang
permaidani di ruang tamu.
II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu
sudah reput.
III Kertas kerja ini akan kami bentang
pada petang ini.
IV Penyakitnya bentang kerana
mengingkari arahan doktor.
A I dan II
B I dan IV C II dan III D II dan IV
4 I Kami sampai sejambak
bunga kepada guru.
II Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.
III Kereta api dari Johor akan sampai
pada pukul 8:00 malam.
IV Sampai hari ini, dia masih belum
memulangkan buku cerita itu.
A I dan III
B III dan IV C I, II dan IV D II,III dan IV
5 I Pegawai yang makan
suap itu telah ditangkap.
II Perjalanan kami tadi makan masa
selama setengah jam.
III Letupan bom itu telah makan
beberapa buah bangunan.
IV Kemalangan itu berpunca daripada brek
keretanya yang tidak makan.
A I,II dan III B
I, II dan IV C I,III dan IV D II,III dan IV
6 I Beg itu ringan dan
mudah dibawa ke mana-mana.
II Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan
itu.
III Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam
kemalangan itu.
IV Soalan-soalan dalam ujian itu ringan
dan mudah diselesaikan.
A I dan III
B II dan III C I, II dan III D II,III dan IV
7 I Liong baru sahaja baik daripada
selesema.
II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.
III Almari buruk itu masih boleh baik
dan dapat dijual.
IV Kesihatannya masih baik walaupun
usianya telah lanjut.
A I dan IV B II dan III C I, II dan IV D
II,III dan IV
8 I Bunga tayar kereta
itu melintang.
II Ailin suka memakai baju yang bunga.
III Syarifah menghadiahkan sejambak bunga
kepada gurunya.
IV Emak memperoleh banyak bunga
daripada wang simpanannya.
A I dan IV B III dan IV
C I,II, dan III D I, III dan IV
9 I Jambatan itu sudah siap bina.
II Yoong ambil bina terhadap nasihat
gurunya.
III Lena mengikuti kursus seni bina di
universiti.
IV Bangunan baharu itu akan kami bina
tidak lama lagi.
A I dan II B I dan III
C II dan III
D III dan IV
10 I Usianya baru lima
tahun.
II Adik masuk ke bilik baru tidur.
III Ayah Kamariah baru balik dari
pejabat.
IV Kelvin baru membeli sebuah basikal
yang berwarna biru.
A I dan II B II dan III C I, II dan III D
I, III dan IV
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT
SAMA MAKSUD
Pilih ayat yang sama maksud
dengan ayat yang diberikan.
1 Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa
setengah jam sahaja.
A Semua kerja yang diberikan
oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.
B Kerja setengah jam itu akan
diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.
C Dalam masa setengah jam,
kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat
disiapkan oleh Diana.
D Kerja yang diberi oleh Cikgu
Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan
oleh Diana.
2 Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
A Jalan raya yang dilintasi
oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan
motosikal.
B Jalan raya yang dilintasi
oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan
motosikal.
C Semasa pemuda itu hendak
melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D Semasa pemuda itu hendak
melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.
3 Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh
harapan, cabaran dan ketegangan yang
tertentu.
A Masalah ketegangan telah
menyebabkan remaja tiada harapan dan
cabaran dalam kehidupan.
B Harapan, cabaran dan
ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam
tempoh kehidupan alam remaja.
C Remaja diselubungi cabaran
dan harapan kerana ketegangan dalam
kehidupan.
D Zaman remaja mesti menghadapi
pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan kerungsingan.
4 Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa
yang murni.
A Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan
yang mulia .
B Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang
sempurna.
C Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang
sempurna.
D Kemurnian jiwa tidak seiring dengan
perlakuan yang sempurna.
5 Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk
menuntut ilmu sebanyak yang mungkin
sudah menjadi begitu penting.
A Ilmu tidak sepenting ledakan
maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
B Ilmu pengetahuan sangat
penting dalam era ledakan maklumat dan
perubahan teknologi.
C Teknologi maklumat tidak
terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang
banyak.
D Revolusi teknologi dan
ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu
pengetahuan.
6 Sungai–sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia
yang tidak bertanggungjawab untuk
menjaga kualiti alam sekitar.
A Manusia sentiasa
bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar sentiasa bersih.
B Manusia menjadi sangat
penting apabila sungai semakin tercemar.
C Sikap manusia yang sering
mengabaikan peranan terhadap alam sekitar
telah menyebabkan sungai–sungai
sentiasa tercemar.
D Sungai merupakan unsur alam
yang paling diabaikan oleh manusia
sekarang sehingga tercemar.
7. Berkotak–kotak ubat
diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan
pedalaman Sabah.
A Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur, kotak-kotak ubat itu dibawa ke
kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.
B Ubat-ubat itu terbang dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
ke kawasan pedalaman Sabah.
C Ubat yang berkotak-kotak itu
dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman
dengan kapal terbang.
D Dengan menaiki kapal terbang,
kotak–kotak ubat itu dihantar ke
pedalaman Sabah dan Lapangan
Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur.
8. Pertunjukan
itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.
A Penyanyi itu masih belum
sampai walaupun pertunjukan sudah bermula dalam masa lima minit.
B Hanya selepas lima minit
setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun tiba .
C Setelah tiba, penyanyi itu
mendapati pertunjukan akan bermula lima minit lagi.
D Penyanyi itu masih belum
muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi.
9 Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.
A ”Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar,”
kata Idham.
B “Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah
itu,” kata Idham kepada Azhar.
C “Aku berhajat untuk memiliki rumah itu,”
kata Idham kepada Azhar.
D “Rumah itu sudah menjadi milikku,” tegas
Idham kepada Azhar.
10 “Mendermalah kepada fakir miskin ,” kata Ustaz Faizul kepada Izhar.
A Ustaz Faizul menasihati Izhar
supaya memberikan derma kepada fakir
miskin.
B Ustaz Faizul memujuk Izhar
supaya mendermakan hartanya kepada
golongan miskin.
C Ustaz Faizul memerintahkan
Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada
fakir miskin.
D Ustas Faizul meminta Izhar
supaya menghulurkan wang saku kepada fakir
miskin.
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
TEPAT
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang betul.
1 Ubat ini amat..............................untuk
sakit gigi.
A
hebat B mujarab
C
berperisa D berkhasiat
2 Dia tidak
mengharapkan...................................atas pertolongannya.
A
balasan B kurniaan
C pemberian D
permintaan
3. Aktiviti
memburu binatang yang dilindungi perlu dibendung untuk mengelakkan ....................nya.
A
kematian B kepupusan
C kehilangan D
kebinasaan
4 Perempuan muda itu
......................................dua baldi air di kiri dan kanan
tangannya.
A
membimbit B memegang
C mengandar D
mengangkut
5 Ranting-ranting pokok yang
menghalang laluan itu telah....................... oleh Pak Abu.
A
ditakik B ditebas
C ditebang D dicantas
6Kenderaan awam yang melalui jalan itu.......................................beberapa
jam akibat kemalangan jalan raya.
A
terhenti B tersekat C
terkandas D terhumban
7 Shasha
............................memikirkan masalah yang dihadapinya.
A
keliru B matang
C bingung D bengang
8 Setiap
orang.................................................pendapat yang
berbeza-beza tentang pelantikan Aizat sebagai
ketua murid.
A
menerima B memberikan
C
mengambil D menyediakan
9 Budak lelaki itu dipanggil
oleh pengawas kerana.............................. gula-gula getah semasa
berada di dalam kelas.
A
menelan B
menggigit C mengerit D
mengunyah
10 Pegangan agama yang kukuh
dapat mengelakkan seseorang daripada ....................ke lembah yang hina.
A
terjatuh B terperosok
C terjerumus
D terhumban
11 Pada masa lapang, nelayan
itu akan ............................. jalanya yang rosak.
A
menyirat B menenun
C menjahit D
menyulam
12 Kak Hasniza berlalu dari
situ tanpa ......................... tetamu yang datang.
A
melihat B menyapa
C mengintai
D menjenguk
13 Pelari itu sempat
................................ air untuk menghilangkan dahaganya.
A menjilat B meneguk
C menuang
D menghirup
14 Api ..................................
dengan cepat kerana angin bertiup kencang semasa kebakaran itu.
A
menjilat B membakar
C merebak D
menyambar
15 Mak Odah
................................. paha anak bongsunya yang nakal itu.
A
memicit B mencubit C memegang
D menggenggam
16 Setelah meneliti permohonan
daripada Encik Tahir, pegawai itu bersetuju untuk ........................ permohonan tersebut.
A
melihat B mengadili
C mengambil D
menimbangkan
17 Rancangan hiburan yang
menjadi ................................ ramai itu tidak lagi ditayangkan di
televisyen.
A
kecenderungan B kesukaan
C
keasyikan D kegilaan
18 Rizal dan Razli
........................ kerana berebut harta peninggalan ayah mereka.
A
bertumbuk B bercakaran
C bertelagah D
bergusti
19 Tidak mungkin Zaki mendapat
ikan kerana..............................jala pun dia tidak tahu.
A
menyulam B menebar C
menjahit D menampal
20 Dari jauh kelihatan asap...................................dari
serombong kapal itu.
A
mengepul B mengarak
C mengumpul D
membumbung
21 Bagi memudahkan memanjat
pokok kelapa itu, Amri ............................batangnya dengan parang.
A
menakik B mengerat
C menghiris D menggaris
22 Kerajaan sentiasa berusaha
untuk ...........................kemiskinan tegar dalam kalangan rakyatnya.
A
menghalang B membuang
C
membasmi D membaiki
23 Bangunan yang
................................langit itulah yang menjadi kebanggaan Malaysia.
A
menjangkau B menyentuh
C memegang
D
mencapai
24 Orang ramai
............................melihat persembahan ahli silap mata itu.
A
tercabar B terpegun
C tergoda
D
terharu
25 Murid-murid Cikgu Jamal
membuat...............................sebelum mewarnai lukisan itu.
A
contengan B lakaran
C gurisan
D
garisan
26
Kerja-kerja...........................padi daripada tangkainya dilakukan dengan
menggunakan mesin.
A
menanggalkan B
memencilkan C
meleraikan D
menjauhkan
27 Tanah di tebing sungai itu makin lama
makin..............................
A
sebu B
pupus C malap D
mendap
28 Kumpulan pengakap yang keletihan
itu.................................setelah tiba di puncak bukit.
A
melepoh B melepek
C melepet
D melepuk
29
Strategi.................budaya lepak dalam kalangan remaja akan dibincangkan
dalam mesyuarat itu.
A
menyekat B menangani
C menghapuskan D
menghentikan
30 Si Tompok
...............................daun pintu kerana hendak keluar.
A
mengais B mengorek
C mencakar D mengambus
31 Beliau memberikan
..........................kepada remaja supaya aktif dalam bidang sukan.
A
paksaan B galakan
C
bantuan D sokongan
32 Bagi murid-murid yang rajin
dan ada ................................ mereka akan mencapai cita-cita.
A
kebolehan B kemahuan C
keinginan D kelemahan
33 "Daging ini
hendaklah...............................sehingga lumat," kata ibu kepada
Suzana.
A
ditetak B diiris
C
dikerat D
dicincang
34 Pasukan kami akan mengikuti
ekspedisi...................................hutan belantara.
A
meredah B
memintas C merempuh
D meneroka
35 Posmen itu
..................................sepucuk surat kepada Hazlina.
A
menyerahkan B meletakkan
C melepaskan D
mengeluarkan
36 Seekor rama-rama sedang
.......................madu bunga itu.
A
menjilat B menghirup
C
menghisap D
meneguk
37 Dia berjalan dengan
hati-hati di atas batas supaya tidak..........................ke dalam sawah.
A
terjerumus B tertolak
C terjerut
D terjunam
38 Penduduk kampung
bergotong-royong untuk membetulkan rumah yang ..............................
A
bongkok B bengkok
C senget
D serong
39 Minyak kelapa yang
sudah...........................itu dibuang oleh ibu.
A
hanyir B tengik
C masam
D basi
40 Nasi yang dimasaknya hangit
kerana.........................menonton video.
A
leka B minat
C cuai D khusyuk
41 Saya suka akan keropok ikan
yang............................dan enak itu.
A
rapuh B gembur
C empuk D
rangup
42 Wajahnya................................setelah
seminggu sakit.
A
pudar B pucat C
layu D sayu
43 Encik Jasman bekerja
sebagai............................di firma guaman itu.
A
juruacara B juruhebah C
jurubahasa D
juruulas
44 Pihak polis
telah.................................tiga orang pemuda yang menculik Azmil.
A
mengikat B merampas
C memberkas D
membungkas
45 Budak itu belum bersekolah
tetapi sudah............................membaca.
A
petah B cepat C bagus D
lancar
46 Sepakannya kencang tetapi
sering..................................dari pintu gol.
A
terlencong B tersenget
C terbabas
D
tersasar
47 Bakal-bakal
haji.......................................selama dua jam kerana perubahan
jadual perjalanan.
A
tersekat B terhenti
C
tertunggu D terkandas
48Juruacara majlis memulakan
ucapannya dengan beberapa ................pantun.
A
baris B rangkap C
petikan D perenggan
49 Kemalangan di jalan utama
itu telah menyebabkan kenderaan yang melalui jalan itu...................
A
tersekat B terkandas C
terhumban D terperangkap
50 Semua harta benda
mereka................................dalam kebakaran itu.
A
ranap B remuk C
hancur D musnah
LATIH TUBI TATABAHASA :
STRUKTUR AYAT
Pilih ayat yang betul.
1 A Encik Ram berasal daripada
Teluk Intan.
B Encik Ram berasal dari Teluk Intan.
C Encik Ram berasal di Teluk Intan.
D Encik Ram berasal ke Teluk Intan.
2 A Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat
itu.
B Jangan bersandar di dinding yang baru
dicat itu.
C Jangan bersandar ke dinding yang baru
dicat itu.
D Jangan bersandar dengan dinding yang baru
dicat itu.
3 A Ayah membeli beg tangan
kepada ibu.
B Ayah membeli beg tangan dari ibu.
C Ayah membeli beg tangan bagi ibu.
D Ayah membeli beg tangan untuk ibu.
4 A Tolong buang sampah ini ke
dalam tong sampah itu.
B Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah
itu.
C Tolong buang sampah ini kepada dalam tong
sampah itu.
D Tolong buang sampah ini dari dalam tong
sampah itu.
5 A Ibu menyembelih ikan keli
di dapur.
B Ibu menyiang ikan keli di dapur.
C Ibu menjerang ikan keli di dapur.
D Ibu memancing ikan keli di dapur.
6 A Kakak sedang memasak nasi
di dapur.
B Kakak sedang membakar nasi di dapur.
C Kakak sedang memanggang nasi di dapur.
D Kakak sedang menanak nasi di dapur.
7 A Bola itu ditendang Ronaldo.
B Bola itu tendang oleh Ronaldo.
C Bola itu tendang Ronaldo.
D Bola itu tertendang Ronaldo.
8 A Pokok pisang itu menanam
ayah saya.
B Pokok pisang itu ditanam oleh ayah saya.
C Pokok pisang itu tertanam ayah saya.
D Pokok pisang itu ayah saya tanam.
9 A Kami kena hujan semalam.
B Kami dihujani hujan semalam.
C Hujan semalam mengenakan kami.
D Semalam hujan, kami kena.
10 A Sungguh cantik kereta itu.
B Benar cantik van itu.
C Nian indah banglo itu.
D Paling bijak sekali budak itu.
11. I Ibu pasang langsir pada
tingkap rumah.
II Pak Cik Ali menghalau anjing kurap itu.
III Ayah pulang cepat dari pejabatnya hari
ini.
IV Budak-budak nakal itu sering berbalah.
A I dan II sahaja B III
dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I,
II, III, dan IV
12. I Para-para peserta
dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Ahad depan.
II Azmi mencatat segala barang-barang yang
hendak dibeli.
III Dahanum sekeluarga tinggal sehelai
sepinggang selepas kebakaran itu .
IV Berbagai-bagai jenis makanan dijual di
gerai itu .
A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C III
dan IV sahaja D I,II dan IV
sahaja
13. I Kelawar mencari makanan di malam hari.
II Meja itu diperbuat dari kayu.
III Tayar kereta diperbuat daripada getah.
IV Pada hari minggu ramai pelancong berkunjung
ke pulau itu.
A I dan II sahaja B I dan III
sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja
14. I Lori itu terbabas di
dalam parit.
II Ramli ke kedai untuk membeli beras dan
kopi.
III Buang sampah ke dalam tong itu.
IV Telefonnya terjatuh di dalam kolam.
A I dan II sahaja B I dan III
sahaja C II dan III sahaja D III
dan IV sahaja
15. I Beberapa buah
rumah telah hangus dijilat api.
II Semua orang
murid mesti mematuhi peraturan di
sekolah.
III Setiap murid terkejut apabila mendengar
berita itu.
IV Kedua anaknya telah pulang ke tanah air.
A I dan III sahaja B I dan IV
sahaja C
II dan III sahaja D III dan IV sahaja
cikgu tolong beri jawapan untuk latihan ini
ReplyDeleteHi cikgu, bolehkah saya Minta jawapan, hantarkan email untuk saya ke
ReplyDeleteshekchan444@gmail.com. terima kasih