LATIHAN PADAT TATABAHASA - UPSR
KATA GANTI NAMA
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan
iaitu A, B, C dan D. Antaranya,
ada
satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu.
Kemudian, tandakan jawapan kamu
dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
1 Sejak ____________ belajar di Kuala
Lumpur, sikap mula berubah.
A awak B
dia
C kami D
kamu
2 ”Nenek __________ tiada lagi,” kata
Faizal kepada guru kelasnya.
A saya B
ku
C mu D kita
3 ”_______________ bermain di padang yang
sama,” kata Liza dan Shima
kepada Ramli.
A Kalian B
Kamu
C Kami D
Kita
4 Puan Bella seorang guru.
___________ mengajarkan subjek Sains.
A Baginda B
Tuanku
C Kamu D
Beliau
5 Keputusan pertandingan syarahan itu
akan diumumkan pada ___________
masa saja.
A siapa-siapa B mana-mana
C apa-apa D
bila-bila
6 Helmi enggan bercakap dengan
__________________ kerana fikirannya
terganggu.
A siapa-siapa B mana-mana
C bila-bila D
apa-apa
7 ”Pastikan __________ tidak berbuat
bising,” kata Cikgu Najib kepada murid-muridnya.
A anda B
kamu
C kalian D
mereka
8 “__________ tindakan yang kamu
ambil itu betul, Jali?” tanya Puan Azizah
kepada anaknya.
A Siapakah B
Apakah
C Adakah D
Bilakah
9 “____________ percaya bahawa
_____________ tidak bersalah,” kata Suhana
dan Farid kepada Nathan.
A Kami
………… kamu B Kalian ……….. dia
C Kita
…………. Awak D Mereka ………… beliau
10 Yang di-Pertuan Agong bersemayam di
____________.
A Istana
Budaya B Istana Negara
C Istana
Negeri D Istana Raja
11 Nani sedang menuntut di sebuah
_______________ di Pulau Pinang.
A pondok B
maktab
C jabatan D
perpustakaan
12
Perlawanan bola sepak _________
terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.
A itu B sini
C situ D sana
13 Erna jarang-jarang pergi ke
_________________ pada petang hari minggu.
A bila-bila B
apa-apa
C mana-mana D siapa-siapa
14 “Perkara itu akan ____________
pertimbangkan,” titah Sultan Melaka kepada
bendaharanya.
A mereka B
patik
C saya D
beta
15 ”________ tidak mampu melaksanakan
tugas yang berat itu,” sembah Hang
Tuah kepada
Sultan Melaka.
A Beta B
Saya
C Patik D
Anakanda
16 Saya tidak dapat berjumpa dengan pegawai
daerah kerana _________ sibuk.
A mereka B
beliau
C kita D dia
17 ”Guru Besar menyuruh
_____________ berjumpa _______ di bilik mesyuarat
selepas waktu rehat,” Amir memberitahu Alif.
A kami
………. Baginda B saya ……….. beliau
C saya
……… dia D
kita ………… dia
18 “Kita jangan ke ___________
selagi Cikgu Rosli belum memberikan arahan,”
kata ketua kelas itu.
A apa-apa B
siapa-siapa
C mana-mana D bila-bila
19 ______________ P.Ramlee ialah pengarah
filem “Bujang lapuk”.
A Seniman B
Dermawan
C Peragawan D Olahragawan
20 Tali
pinggang yang dipakai oleh ayah diperbuat
daripada ______ buaya.
A tulang B
bulu
C sisik D
kulit
KATA HUBUNG
21 Emak dan kakak memasak di dapur
____________ berbual-bual.
A atau B
sambil
C malah D
dan
22 Hanya Zurimah _________ Mariani
yang akan menyertai lawatan itu.
A namun B
lalu
C dan D serta
23 ___________tiba di kampung itu, kami disambut oleh penduduk dengan
meriah.
A Makin B
Namun
C Apabila D
Sungguhpun
24 Ibu dan ayah sering berdoa ________
anak-anaknya hidup bahagia
sepanjang masa.
A akan B
agar
C jika D tetapi
25 Hari hujan, _________ Sufian ke
sekolah juga dengan memakai payung.
A namun B
atau
C dan D jika
26 Walaupun cita-citanya tinggi ________
dia malas belajar.
A kerana B
tetapi
C agar D
semenjak
27 Doktor menyuruh Pak Wan makan ubat _________
cepat sembuh.
A bila B supaya
C sambil D
lalu
28 Kamu suka makan nasi ayam _______
laksa?
A atau B
kerana
C sementara D
dan
29 __________ telah diberi amaran,
dia masih melanggar peraturan sekolah.
A Manakala B
Namun
C Selagi D
Walaupun
30 Encik Karim lewat tiba ke
pejabat ___________ keretanya rosak.
A sementara B
ataupun
C kerana D
lalu
31 Encik Hamidi membuka pintu ___________mempersilakan
Puan Azizah
masuk ke dalam kereta.
A lalu B agar
C serta D
tetapi
32 Cikgu Liza menyambung kerja menaip
soalan itu semula __________ berehat
seketika.
A jika B apabila
C setelah D
padahal
33 Syakirah dihormati oleh rakannya ________
dia cacat.
A sekiranya B
kemudian
C meskipun D
tetapi
34 Nani suka makan kueteau _________
adiknya suka makan laksa.
A lalu B serta
C tetapi D
kerana
35 David berlindung di belakang ibunya
_______ bapanya hendak merotannya.
A apabila B
untuk
C kalau D
agar
36 Pasukan Perak FC akan menentang pasukan
Hijau Kuning ________ hari tidak
hujan.
A jika B hingga
C sementara D
kerana
37 Semua Murid Tahun 6 bersukan _________ mereka
yang tidak sihat.
A serta B
dan
C atau D
kecuali
38 Jamilah gigih belajar ______
beroleh keputusan yang cemerlang.
A agar B
serta
C kerana D
kecuali
39 Nani membaca buku ___________ menulis
nota ringkas.
A agar B
serta
C tetapi D
sambil
40 Dia ________ pandai ________ rajin
juga.
A bukan
sahaja ……… malahan B baik ………….…… mahupun
C sedangkan
………… inikan D jangkakan
…………. Pun
PENJODOH BILANGAN
41 Cikgu membawa membawa empat ________ pemain
bola jaring ke pertandingan itu.
A perempuan B budak
C orang D
orang-orang
42 Datuk saya memiliki dua _______ banglo.
A biji B buah
C deret D
pintu
43 Matanya dimasuki se _________ pasir.
A biji B longgok
C genggam D
butir
44 Kakak terjatuh kerana terpijak se _____
sabun.
A buku B
buah
C butir D
biji
45 Pemburu itu menembak rusa dengan
menggunakan se______ senapang.
A kaki B
laras
C pucuk D
batang
46 Dua _______ giginya patah kerana
terjatuh di situ.
A batang B
buah
C ketul D
biji
47 Ibu memasukkan se________ garam ke
dalam masakannya.
A genggam B
senduk
C kepal D
cubit
48 Keberangkatan pulang baginda telah
diiringi dengan tujuh ______ tembakan.
A das B kali
C dos D laras
49 Ibu membeli beberapa _________ baju baharu.
A bidang B
keping
C lembar D
helai
50 Ayah membeli beberapa _______ surat
khabar.
A buah B
helai
C keeping D
naskhah
51 Nelayan itu sedang menyirat
se____________ jala di bawah pokok kelapa.
A bidang B
keping
C rawan D
helai
52 Daud membeli beberapa _________ setem
untuk dijadikan koleksi dalam album setemnya.
A butir B
keping
C helai D
bidang
53 Puan Lee menghamparkan se_____________ permaidani
di ruang tamu.
A keeping B
bidang
C gelung D
lantai
54 Beberapa ___________ telur penyu telah
menetas di pantai Rantau Abang
semalam.
A longgok B
kerat
C buah D
biji
55 Se___________ burung murai sedang
berkicau riang di dahan pada waktu
pagi.
A kelompok B
kawan
C pasukan D
gerombolan
56 Beberapa ______________ bintang berkerdipan
di langit menjadikan suasana amat indah.
A kumpulan B
kelompok
C gugus D
ketul
57 Noni baru saja mengirim se____________ surat
kepada kakaknya yang berada di Mesir.
A lembar B
kajang
C pucuk D
helai
58 Saripah memasukkan beberapa
___________________ asam gelugur ke dalam kuah laksa yang sedang
dimasaknya.
A keeping B
biji
C potong D
hiris
59 Mak Kiah memasak beberapa ____________ cendawan
untuk dijadikan hidangan tengah hari.
A ketul B
kaki
C kerat D
batang
60 Menteri itu menyelitkan dua
____________ pantun sebelum mengakhiri ucapan perasmian dalam majlis
itu.
A baris B
patah
C rangkap D
perenggan
KATA IMBUHAN
61 _________ terkenal itu ialah abang
Farah.
A Penyanyi B
Pemukul
C Peniaga D
Penduduk
62 ________itu telah ditembak oleh dua
orang askar.
A Perompak B
Penyamun
C Pembunuh D Pengganas
63 ________ ngeri itu telah berlaku
pagi tadi.
A Kemalangan B Perlanggaran
C Kemenangan D Kekalahan
64 Rafeah suka __________ di dalam bilik
air.
A menyanyi B
mengajar
C membaca D
melukis
65 Walaupun miskin, semua anaknya
_________ tinggi.
A berilmu B
berkaki
C bersuara D
berpelajaran
66 Kami ________ sungai itu dengan rakit.
A menyeberangi B mengharungi
C mengekori D melalui
67 Hobinya _______baca buku cerita.
A me B men
C mem D
menye
68 Kain itu _______buat daripada
sutera.
A ke B per
C diper D
mem
69 Lari________ Merdeka itu mendapat sambutan
penduduk setempat.
A kan B nya
C pe D an
70 “Hani, beri _____ saya bunga
itu,” kata Liza.
A I B an
C nya D kan
71 Fauziah mengalami keracunan makanan
akibat makanan yang tidak
________ dengan sempurna.
A memasak B
dimasak
C termasak D
memasakkan
72 Toh telah ______________ke rumah
sepupunya di Australia.
A dikunjungi B kunjungan
C berkunjung D mengunjungi
73 Sejak berpindah ke bandar, Sarimah
sering _____________ ibunya di kampung.
A diingatkan B teringatkan
C mengingati D mengingat
74 Ibu menyuruh Ahmad mengangkat pakaian
yang __________________diampaian.
A menyidaikan B menyidai
C penyidai D
tersidai
75 Seorang budak lelaki sedang
____________ di atas papan gelungsor.
A meluncur B
luncuran
C diluncurkan D berluncuran
76 Pak Mat mengetam papan di atas
___________ .
A jejari B
sesiku
C kekuda D
lelangit
77 Mereka bermain _____________ di
padang dengan gembiranya.
A kekisi B
tetikus
C dedaun D
lelayang
KATA ADJEKTIF
78 Botol
plastik itu ____ apabila dipijak oleh Ah
Ming.
A kempis B
kemik
C leper D
nipis
79 Sampan itu telah dihanyutkan oleh arus
__________.
A laju B deras
C pantas D
kencang
80 Pelbagai spesies ikan dapat dilihat
kerana air sungai itu _________ .
A jernih B
bersih
C cerah D
putih
81 Kakak
menyidai baju yang ______ itu di ampaian.
A sejuk B
kering
C basah D
lembap
82 A famosa didirikan sejak zaman Portugis itu
masih _______.
A kuat B
tahan
C kukuh D
gagah
83 Nenek _______ akan keselamatan cucunya
yang belum pulang dari sekolah.
A malu B
takut
C curiga D
bimbang
84 Kenangan ________ masih segar dalam ingatan Pak
Talib.
A dulu B
silam
C lepas D
lapuk
85 Mungkin adik belum tidur kerana
biliknya masih _______.
A gelap B
suram
C terang D
kelam
86 Perasaan _________ akan negara perlu ditanam
dalam hati setiap anggota
masyarakat.
A cinta B
asyik
C mesra D
megah
87 Feri yang menuju ke pulau itu ______
dengan muatan.
A tepu B
berat
C penuh D
banyak
88 Suara juruhebah radio itu sangat ____________
.
A gopoh B
kasar
C keras D
jelas
89 Kain
songket ini ___________ sungguh buatannya.
A lembut B
keras
C halus D
kasar
90 Perempuan tua bertongkat itu berjalan
___________ sungguh.
A lambat B
lembut
C longlai D licin
91 Baju baharu adik berwarna ___________.
A bulat B
kecil
C merah D
besar
92 Azam tidak lalu makan mi goreng yang
__________itu disebabkan terlebih cili.
A masin B
manis
C pedas D
pahit
92 Dafi tidur __________ di sofa
dengan nyenyak kerana keletihan.
A penat B
leka
C lena D
lemah
93 Pak Suhaimi menggunakan galah yang
___________ untuk mengait buah
rambutan yang tinggi.
A panjang B
sempit
C rapuh D
lebar
94 Baju Chee Wen __________ terkena sos
cili.
A putih B
kotor
C bersih D
cerah
95 Bau daun pandan itu sungguh ___________.
A harum B
merah
C busuk D
enak
96 Muka gadis yang ______ sirih itu
memikat hati ramai pemuda yang melihatnya.
A panjang B
bulat
C leper D
bujur
KATA KERJA
97 Ahmad ___________ basikal rakannya
sewaktu pulang dari sekolah.
A memandu B
mengayuh
C membawa D
membonceng
98 Kakak sedang _____________ sayur-sayuran
di belakang rumah.
A meragut B
menyiram
C mengemas D menyimbah
99 Wanita Pantai Timur mahir dalam
kerja-kerja ____________ kain songket.
A menekat B
menenun
C menyulam D mengayam
100 Budin ________ otak untuk
mencari jawapan pada ruangan teka silang kata.
A memusing B
menggali
C memerah D
memikir
101 Ibu ___________ apabila mendapat berita
sedih itu.
A tergamam B
tersenyum
C tertawa D
tersedu
102 Lazim ___________ bola ke arah
gawang gol pasukan lawan.
A menghayun B menggosok
C menyepak D
membaling
103 Pemandu bas itu _____________ ke kanan
jalan.
A mengundur B membelok
C memintas D
memusing
104 Emak memarahi adik kerana kasut sekolahnya
belum __________ lagi.
A bergosok B
berbasuh
C berlipat D
berjahit
105 Mereka ___________ sungai itu
untuk sampai di seberang.
A menyeberangi B mengharungi
C meredah D
meranduk
106 Budak lelaki itu ________ ikan di dalam
parit menggunakan penyauk.
A memancing B menangkap
C memukat D
menyauk
107 Pak Kasim ________ sayur-sayurannya setiap
hari.
A memetik B
mengutip
C mengambil D memungut
108 Pemandu bas sekolah itu disaman kerana
___________ peraturan jalan raya.
A meniru B
melanggar
C membantah D menghalang
109 Faiz ___________ ikan pelaga di
dalam akuarium.
A memelihara B menangkap
C menternak D menjaga
110 Kita harus banyak membaca untuk
___________ ilmu pengetahuan.
A menapis B
mengaut
C menimba D
menyerap
111 Para penonton duduk ________________ pintu
dewan sekolah itu.
A membelakangkan B
membelakangi
C terbelakang D dibelakangi
112 Raju berjaya ______ peserta lain sebelum
tiba ke garisan penamat.
A melalui B
melintasi
C memintas D
mengetahui
113 Anak
ayam yang kehilangan ibu itu ___________
sepanjang malam.
A menciap B
mengiau
C menyalak D
mengaum
114 Puan Zita _________ pintu bilik
Guru Besar beberapa kali.
A meluku B
memukul
C mengetuk D
menghentak
115 Untuk mengekalkan zatnya, sayur
kangkung hanya perlu ________ seketika di
dalam air panas.
A direndam B
dikukus
C dilebur D
dicelur
116 Kain
songket yang telah siap _________ itu dibungkus
dengan plastik dan
disusun ke dalam kotak khas sebelum dieksport.
A ditenun B
ditekat
C dijahit D
dianyam
KATA GANDA
117 Keadaan jalan yang ________ itu
menyebabkan abang tidak berani
memandu kereta dengan laju.
A bengkang-bengkok B
bersimpang-siur
C berputar-putar D berbelit-belit
118 Segala _________ yang berkaitan dengan
sambutan Hari Guru di sekolah
menjadi tanggungjawab Azrul.
A desas-desus B sorak-sorak
C suku-sakat D hal-ehwal
119 Lena ___________ pulang ke kampung
kerana ibu bapanya sudah lama meninggal dunia.
A diam-diam B jarang-jarang
C senyap-senyap D kadang-kadang
120 Dalam cahaya yang ___________
itu, mereka ternampak suatu lembaga
bergerak ke arah belakang pintu.
A terang-menderang B
samar-samar
C kilau-kilauan D gelap-gelita
121 Semua calon yang menduduki peperiksaan
berasa __________.
A berjaga-jaga B bergetar-getar
C berdebar-debar D bergoyang-goyang
122 Sikap penduduk kampung itu yang suka
__________ menyebabkan mereka
sering bergaduh.
A pukul-memukul B dengki-mendengki
C nasihat-menasihati D
kunjung-mengunjung
123
Penyokong pasukan
Perak __________ apabila pemain kesayangan mereka
menjaringkan gol kemenangan.
A berlari-lari B bersorak-sorai
C beramai-ramai D berlumba-lumba
124 Badan Pak Lurah sangat kurus kerana
telah _________ lamanya dia
menghidap penyakit batuk kering.
A berjam-jam B berhari-hari
C berkurun-kurun D bertahun-tahun
125 Setiap pagi keadaan di pasar borong itu
_________ dengan suara pelanggan
dan penjual tawar-menawar.
A porak-peranda B kelam-kabut
C kacau-bilau D hiruk-pikuk
126 Adik menangis kerana _________ mulutnya
tertusuk tulang ikan.
A gegigi B
lelidah
C gegusi D
lelangit
127 Puan Zainab membeli ____________ di Pasar
Raya Halida.
A lauk-pauk B
anak-pinak
C sayur-mayur D sampah-sarap
128 Surina menyapu ____________ kering di
halaman rumahnya untuk dibakar.
A dedahan B
dedaun
C kekabu D
bebiri
13 Tangan ayah ___________ terkena duri
pokok semalu.
A herot-berot B corat-coret
C calar-balar D patah-riuk
129 Badan Nasir _____________ kerana digigit
nyamuk.
A miang-miang B kudis-kudis
C gatal-gatal D garu-garu
130 Sanjit Singh suka makan sup ____________
ikan.
A bebola B
lelangit
C kekabu D
kekisi
131 Keadaan di dalam Gua Kelam itu
______________ walaupun pada waktu
petang.
A huru-hara B
gelap-gelita
C hingar-bingar D riuh-rendah
132 Pak Saad suka makan ___________ kerana giginya
sudah tiada.
A agar-agar B
epok-epok
C gado-gado D bunga-bunga
133 Ibu susah hati kerana ____________ nya
telah hilang.
A anting-anting B semut-semut
C mata-mata D anai-anai
134 Pada waktu subuh, kedengaran
___________ azan berkumandang di desa
itu.
A rapat-rapat B samar-samar
C sayup-sayup D berbalam-balam
135 Ani __________ buku itu untuk
dijadikan bahan rujukan.
A melihat-lihat B mengkaji-kaji
C mencatat-catat D membelek-belek
KATA TEPAT
136 Bola yang ditendangnya________ tinggi.
A melambung B melantun
C bersolek D
meleret
137 Liza menjalankan ________ di makmal
sains itu.
A urus
niaga B ulang kaji
C jual
beli D
uji kaji
138 Semua murid mesti _________ akan peraturan
sekolah.
A patuh B
taat
C ikut D akur
139 Pak Ramli sedang _________ lalang di
belakang rumahnya.
A memotong B menebang
C mencantas D menebas
140 Pekerja
itu ______ simen ke dalam acuan.
A menuang B
mencurah
C menyiram D
menyimbah
141 Plastik itu telah ________ oleh tikus.
A dimakan B
ditelan
C digerit D
digigit
142 Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menjalankan _________ untuk mengenal
pasti punca masalah ponteng sekolah.
A tindak
balas B
soal selidik
C soal
jawab D
maklum balas
143 Orang ramai menyerbu pasar raya yang
menawarkan _________sempena hari
raya.
A harga
runtuh B
harga roboh
C harga
mati D
harga tetap
144 Sudah lama saya menunggu, tetapi
_________ nya masih belum saya
nampak.
A air
muka B
tapak kaki
C paras
rupa D batang hidung
145 Doktor Hilmi sedang menjalankan
________ terhadap mangsa pembunuhan itu.
A bedah
siasat B
kaji selidik
C soal
siasat D kemas kini
146 Ramai pelawat mengunjungi gerai ___________
itu.
A buah
tangan B
kraf tangan
C daya
cipta D reka cipta
147 Hati Puan Zainab _________ apabila
mengetahui penglibatan anaknya di dalam
najis dadah.
A hancur
lebur B punah ranah
C gundah
gulana D patah semangat
148 Baju yang baru dibelinya tidak boleh dipakai kerana
________.
A singkat B
labuh
C ketat D
kecil
149 Orang kampung ________ memperkatakan
kepulangannya dari luar negara.
A gempar B
hebah
C heboh D
bising
150 Kesan
kuah pada bajunya _________ setelah dibasuh.
A luput B
lupus
C lesap D
hilang
151 Liza ___________ kotak itu dengan
tali.
A mengikat B
membuka
C menyimpul D menambat
152 ”________ naik ke rumah saya,”
kata Ani kepada Shimah.
A Sila B Mari
C Harap D
Tolong
153 Pak Bidin menjalankan perusahaan __________
lembu setelah bersara.
A memelihara B menternak
C membela D
menjaga
154 Kami ____________ sungai itu
dengan rakit.
A menyeberangi B mengharungi
C mengekori D melalui
155 Mak Amnah ________ buah rambutan itu
dengan menggunakan galah.
A mengambil B mencolok
C memetik D
mengait
KATA MAJMUK
156 ___________kulit itu diimport
dari India.
A Gelang
tangan B Tali pinggang
C Jam
dinding D
Pasu bunga
157 Tuan Mahmod telah memecat dua
orang ________nya kerana pecah amanah.
A bekerja B
pesuruh
C penjawat D
kakitangan
158 ”Turunkan ____________awak di
sini,” katanya kepada saya.
A tanda
Tanya B tandatangan
C papan
tanda D tanda arah
159 Telah enam tahun Puan Syimah menjadi
________ PIBG di sekolahnya.
A Yang
pertua B
setiausaha
C pengacara D
pertua
160 Dia menjual ikan sebagai
_________sampingannya.
A mata
angin B
mata duitan
C mata
keranjang D mata pencarian
161 ___________rumah Mak Cik Zainun
telah hilang ketika dia membeli- belah.
A Anak
kunci B
Anak mata
C Anak
panah D
Anak rambut
162 Puan Mariam mempunyai
__________berwarna coklat pada tangan kanannya.
A tanda
kenangan B tanda tangan
C tanda
mata D
tanda lahir
163 Semua
murid kelas 6 Cemerlang
___________menceriakan kelas mereka.
A bersukaria B
bersatu padu
C bekerjasama D bersenang-senang
164 Bingkai __________ yang dipakai oleh Puan
Aisyah mahal harganya.
A cermin
mata B cermin muka
C cermin
kereta D cermin tingkap
165 Encik Sabran menghadiahi Puan Sabariah seutas
___________.
A jam
tangan B
kalung mutiara
C cincin
berlian D
gelang tangan
166 Kulit
gadis itu ___________manakala mukanya bujur
sirih.
A berkedut-kedut B putih-putih
C pucat
lesi D
putih melepak
167 Penduduk di Taman Bahagia itu hidup
dalam suasana yang
________________ .
A gila
kuasa B aman damai
C ringan
tulang D porak peranda
.
168 ___________ sekolah saya ialah
Encik Hafiedzul Hilmi.
A Petani B
Ibu bapa
C Guru
Besar D
Anggota polis
169 Pak Jalil dan Pak Samad sedang minum
di dalam ________________ itu.
A hutan
rimba B
bilik darjah
C kedai
kopi D
semak samun
170 Murid hanya dibenarkan makan di
__________________ .
A bilik
guru B
pusat sumber
C kantin
sekolah D makmal computer
171 Murid yang ingin menyertai pertandingan
itu perlu mendapatkan keizinan
daripada _____________ mereka.
A adik
kakak B
ibu bapa
C datuk
nenek D
kaum keluarga
172 Puan Suzilawati sentiasa berada dalam
keadaan yang _____________
semenjak ayahnya meninggal dunia.
A sukacita B
dukacita
C sukarela D
sukarela
173 _____________ Ikmal rosak setelah
dia terlupa menanggalkannya ketika
mandi.
A Jam
meja B
Jam randik
C Jam
tangan D
Jam dinding
174 ________________ bangunan itu berkonsepkan
seni bina Islam.
A Reka
bentuk B
Reka acuan
C Reka
tinggi D
Reka cipta
175 Beberapa
orang ______________ pejabat itu telah
dinaikkan pangkat kerana
perkhidmatan mereka yang cemerlang.
A jawatankuasa B warganegara
C setiausaha D
kakitangan
KATA SENDI
176 Pelukis itu terkenal _________ lukisannya
yang bercorak batik.
A oleh B
pada
C akan D
dengan
177 Erra Fazira mula berlakon ________
dia berusia sepuluh tahun.
A dari B sejak
C daripada D
kemudian
178 Murid tahun Enam Nilam lebih banyak ______
murid tahun Enam Delima.
A dari B oleh
C dengan D
daripada
179 “Kamu datang ______ mana tadi,
Suriani?” tanya Puan Aminah.
A ke B dari
C pada D
daripada
180 _________ Sahar, Hashim juga turut
serta dalam rombongan itu.
A Sejak B
Selain
C Seperti D
Sepanjang
181 Memiliki wang yang banyak adalah
________ cita-citanya.
A pada B
dalam
C antara D
daripada
182 Penceramah motivasi itu sedang menyampaikan
ceramah ________ cara
belajar yang betul.
A akan B
seperti
C dengan D
tentang
183 Baju kurung adik diperbuat _______
kain sutera.
A ke B dari
C oleh D
daripada
184 Perjalanan
________ Tapah ______ Teluk Intan mengambil masa kira-kira satu
jam.
A dari
... pada B
daripada ... ke
C dari
... ke D
daripada ... di
185 Kasih
sayang Puan Aida ________ anaknya tidak pernah
padam.
A terhadap B
pada
C akan D
oleh
186 Dia melekatkan setem _________
poskad yang cantik itu _________
menggunakan gam.
A di
... dengan B
ke ... seperti
C pada
... dengan D
dari ……… tentang
187 Sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium
Indera Mulia berlarutan _________
ke tengah malam.
A demi B
untuk
C hingga D
terhadap
188 Emak Nabilah rindu _________
anaknya yang sedang belajar di Mesir.
A terhadap B
dengan
C akan D
oleh
189 _________ waktu malam di kampung
datuk , kedengaran cengkerik bersahutsahutan.
A Di B Dari
C Pada D
Untuk
KATA BILANGAN
190 ”Sila isi borang ___________,
sebentar lagi saya akan kutip,” kata Puan Amelia.
A setiap B
tiap-tiap
C sebahagian D masing-masing
191 ____________ lapisan masyarakat memenuhi
stadium untuk meraikan Hari
Kebangsaan.
A Segala B
Segenap
C Sebahagian D Segelintir
192 ___________ jenis pakaian
beragam telah dipersembahkan oleh murid-murid
tadika sempena majlis perpisahan itu.
A Seluruh B
Sebahagian
C Sesetengah D Bermacam-macam
193 Tidak ____________ penduduk kampung
bersetuju dengan cadangan tok
penghulu itu.
A pelbagai B
semua
C seluruh D
sebahagian
194 ___________ anak Puan Nabila
melanjutkan pelajaran di luar negara.
A Kedua B
Setengah
C Kedua-dua D Sebahagian
195 Sebagai pemenang tempat
___________, dia telah memenangi hadiah
utama.
A pertama B
kedua
C ketiga D
keempat
196 Hanya ____________ ibu bapa yang hadir semasa
Mesyuarat Agung PIBG di
sekolah tersebut.
A sebahagian B setengah
C segelintir D
kesemua
197 Hampir _____________ jam Samsudin
menunggu kehadiran Yusof.
A sesetengah B setengah
C seluruh D
separuh
198 Kami __________ memperagakan pakaian
_________ di dalam majlis itu.
A empat
…………. Banyak B keempat
………. sebahagian
C berempat
………… masing-masing D keempat-empat …….
masing-masing
199 ___________ orang suka membaca sebelum
tidur.
A Setengah B
Sesetengah
C Kesemua D
Sebahagian
200 Pak Hamid memelihara ___________ ekor
kambing di ladang sawitnya.
A beberapa B
berapa
C sekawan D
sebahagian
201 ___________ pokok kelapa itu ditebang
untuk ditanam semula.
A Semua B
Setengah
C Segelintir D
Separuh
202 Pada ____________ masa pertama,
Pasukan Seladang telah menyumbat
dua gol.
A setengah B
separuh
C suku D
segala
203 Stadium Bukit Jalil dipenuhi __________
penonton yang menyaksikan
perlawanan bola jaring.
A para B
kesemua
C para-para D
sebahagian
204 Mak Limah membahagikan __________
daripada kuih itu kepada anakanaknya.
A kesemua B
segelintir
C separuh D
segala
KATA ARAH
205 Rani amat terkejut apabila disergah
oleh adiknya dari________.
A depan B
hujung
C sebalik D
belakang
206 Rumah
Pak Akil terletak di _________________ rumah ketua kampung dan
dewan orang ramai.
A dating B
atas
C sudut D
antara
207 Masyarakat _________ terkenal dengan
ciri-ciri kesopanannya.
A sekeliling B
tengah
C barat D
timur
208 Pada waktu rehat mereka berbual-bual di
___________ pohon yang rendang
itu.
A atas B bawah
C sebelah D
hujung
209 Semua murid diarah masuk ke
_________ dewan kerana peperiksaan UPSR
akan bermula sebentar lagi.
A luar B tepi
C dalam D
penjuru
210 Pokok kelapa yang tumbang di __________
jalan raya sewaktu ribut
menyebabkan kesesakan lalu lintas.
A atas B tepi
C luar D sisi
211 Terengganu yang terkenal sebagai tempat
penyu bertelur itu terletak di pantai
_________ Semenanjung Malaysia.
A utara B
timur
C barat D
selatan
KATA BANTU
212 Pada bulan hadapan, lelaki itu
__________ dihadapkan ke mahkamah kerana
mencuri.
A akan B
belum
C harus D
dapat
213 Mereka
_____________ balik ke kampung pada cuti sekolah nanti.
A mesti B
boleh
C dapat D
hendak
214 Robert ____________ sibuk menyiapkan
segala kelengkapan untuk menyertai
perkhemahan.
A akan B
harus
C dapat D
sedang
215 Puan Salmi _____________ menjadi guru
di pedalaman Sabah lima tahun yang
lalu.
A akan B
boleh
C pernah D
hendak
216 Dia tidak _____________ berjumpa doktor
walaupun giginya sedang sakit.
A harus B
mahu
C belum D
pernah
217 Mereka dipuji oleh Guru Besar
kerana _________ menjawab semua soalan
Kuiz kesihatan itu.
A akan B
dapat
C sedang D
hendak
218 Rizal berasa kecewa kerana
________________ menang dalam acara lompat
pagar.
A harus
telah B
belum boleh
C telah
pernah D
belum pernah
219 “Kalian _________ menghormati budaya
sesuatu kaum,” tegas Cikgu Yaris.
A akan B
boleh
C mesti D
sedang
220 Pihak bomba ___________ berusaha untuk
mencari mangsa yang lemas.
A telah B
sedang
C hendak D
pernah
221 Pokok
bunga itu menjadi layu kerana Puan Gayah _____________
menyiramnya.
A telah B
mesti
C belum D
hendak
222 Hariz _________ membuktikan kepada ibu
bapanya bahawa dia mampu
menjuarai kejohanan badminton itu.
A sedang B
pernah
C belum D
mahu
223 Saya
__________ bercuti ketika kecurian itu berlaku.
A akan B
telah
C sedang D
pernah
226 Majlis
perpisahan untuk murid tahun enam ________ diadakan pada minggu
depan.
A akan B
telah
C sudah D
belum
224 Wang
tunai RM100.00 itu ______________ menjadi hadiah utama dalam
pertandingan pidato pada bulan depan.
A akan B
masih
C pernah D
hendak
225 Budak yang pandai itu pun
_________________ pasti dapat menjawab soalan
yang sukar ini.
A mesti B
belum
C sedang D
pernah
PERIBAHASA
226 “
Seperti anjing dengan kucing ” bermaksud
A orang
yang selalu bergaduh antara satu sama lain
B orang
yang dibenci oleh masyarakat
C orang
yang berasal dari keturunan baik-baik
D orang
yang mempunyai hubungan yang sangat akrab
227 Segala nasihat dan tunjuk
ajar yang diberikan oleh gurunya bagai
_______________ kerana dia tidak ambil kisah.
A tiada
rotan akar pun berguna B
mencurah air ke daun keladi
C melepaskan
anjing tersepit D mendukung
biawak hidup
228 Berkat kegigihannya menyimpan wang setiap
hari, akhirnya dia dapat
menunaikan haji. Bak kata pepatah
____________________.
A belakang
parang diasah lagikan tajam B sikit-sikit,
lama-lama jadi bukit
C bagai
anjing menyalak bukit D
yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
229 Kita mestilah bergaul dengan orang
ramai untuk mendapatkan pengetahuan.
Jangan jadi seperti ______________________.
A aur
dengan tebing B katak di bawah tempurung
C pahat
dengan penukul D rusa masuk kampong
230 Faizul bertungkus-lumus menyiapkan
projek itu tetapi pengurusnya yang
dipuji seperti _________________.
A lembu
punya susu, sapi dapat nama B menatang minyak yang penuh
C menangguk
di air keruh D tikus
membaiki labu
231 Dalila berasa____________ apabila
rakannya mendapat tempat pertama
dalam pertandingan lukisan.
A isi
hati B
iri hati
C putih
hati D patah hati
232 Semua penduduk kampung tidak mempercayai
kata-kata Rahmat kerana dia
________________.
A buruk
siku B
kacang hantu
C lidah
bercabang D jinak-jinak merpati
233 Semua jemputan memuji mempelai yang
sedang bersanding ___________.
A bagai
perian pecah B bagai pinang dibelah dua
C bagai
pahat dengan penukul D
bagaimana acuan begitulah kuihnya
234 Ali dimarahi oleh gurunya kerana tulisan
seperti________.
A kaki
bangku B
cakar ayam
C alas
perut D isi hati
235 Kita tidak boleh mempercayai _____________
kerana maklumat itu belum
pasti.
A kaki
ayam B batu api
C khabar
angin D mata pencarian
236 Kejayaan anak-anak Pak Deris di dalam
pelajaran merupakan __________
keluarganya pada masa hadapan.
A ekor
mata B cakar ayam
C kerja
tangan D
bintang terang
237
Buah-buahan sering
dijadikan ___________ selepas makan.
A pencuci
mulut B asam garam
C cuci
tangan D
rasa hati
238 Ibu ___________ apabila adik memecahkan
pasu kesayangannya.
A naik
angin B
naik lemak
C naik
takhta D
naik minyak
239 Fitri terpaksa ______________ dari pertandingan
itu kerana kurang sihat.
A mengasah
bakat B
campur tangan
C memerah
otak D menarik diri
240 Jalan ke pekan Raub seperti __________ .
A ular
kena palu B
keli kena ketuk
C ayam
berak kapur D anjing dengan kucing.
ANTONIM
241 Sejak ayah dimasukkan ke hospital,
penyakitnya semakin sembuh.
A Sakit B
tenat
C Parah D
Lelah
242 Mereka menyorong bungkusan itu
ke tepi bilik.
A Mengangkat B Menarik
C Menolak D
Mengendong
243 Ahli jawatan kuasa kampung menyokong
usul yang dibawa dalam mesyuarat
itu.
A Menolak B
Membidas
C Membantah D Menerima
244 Selepas kematian ibu mereka, hubungan
antara Lim dan adiknya agak
renggang.
A akrab B
dekat
C mesra D
hamper
245 Air laut
di Teluk Batik pasang pada waktu
petang.
A naik B
cetek
C surut D
dalam
246 Encik Khalid mengepit surat khabar sewaktu
pulang dari pejabat.
A menjinjing B membuang
C mengelek D
menjunjung
247 Rambut Effiza menjadi kemas setelah
disikat.
A kusut B
ikal
C bersih D
kusam
248 Tanaman itu kelihatan layu pada waktu
petang.
A kuyu B
sihat
C segar D
tumbang
249 Matahari
terbit di ufuk timur.
A terjatuh B
terjunam
C terbenam D
tenggelam
250 Badan Pak Mail semakin kurus sejak
mengidap penyakit itu.
A kecil B
lebar
C besar D
gemuk
251 Sulaiman seorang pelajar yang rajin.
A malas B
usaha
C tekun D
maju
252 Puan Zulaikha tertidur di dalam
bas.
A termimpi B
terkejut
C tercelik D
terjaga
253 Baju-baju Raihan bersepah di
atas lantai.
A beratur B
berlapis
C bersusun D
berkumpul
SINONIM
254 Aziz menjemput Zali datang ke
rumahnya.
A menghalau B memanggil
C mengajak D
menegur
255 Setiap pelajar perlu mempunyai cita-cita.
A azam B
bakti
C jasa D hobi
256 Firdaus menempah tiket bas untuk
pulang ke kampung.
A mengambil B memesan
C memohon D
membeli
257 Siti mengais pasir untuk mencari
rantai adiknya
A mengorek B
mencakar
C menggaru D
menimbus
258 Perompak itu akan dibicarakan pada
hujung minggu ini.
A dihukum B
didakwa
C dituduh D
ditekan
259 Suasana di Cameron Highlands sungguh dingin.
A lembap B
panas
C salju D
sejuk
260
Peristiwa itu
sungguh menyedihkan.
A pengalaman B kejadian
C situasi D
kisah
261 Para pelajar yang terjerumus dalam
gejala sosial akan diberi kaunseling.
A tersungkur B terjelepok
C terjebak D
terjatuh
262 Adik Fara petah bercakap,
walaupun baru berusia dua tahun.
A lancer B
laju
C fasih D
mahir
263 Majalah Dewan Pelajar itu sangat laris
di pasaran.
A untung B
cepat
C laku D
rugi
264 Budak-budak nakal melontar batu
ke arah anjing itu.
A membaling B melambung
C menyambut D membanting
265 ” Siapakah yang banyak memberi dorongan
kepada adik ? ” tanya pemberita itu
kepada olahragawati sekolah.
A panduan B
nasihat
C galakan D
ajaran
266 Pemerintahan raja yang zalim
menyebabkan rakyat jelata hidup sengsara.
A sukar B
susah
C merana D
senang
267 Daging ayam itu dimamah oleh
Isma sebelum ditelannya.
A digigit B
digerit
C dikunyah D
dibaham
268 Pasukan Sekolah Kebangsaan Gangga telah
menggondol pingat emas dalam
karnival asrama.
A mencapai B
merangkul
C mengambil D merampas
BAHASA ISTANA
269 ”Ampunkan ________, tuanku”,
kata Laksamana Hang Tuah.
A beta B
patik
C hamba D
baginda
270 _________ merupakan pemerintah yang
adil di negeri itu.
A Baginda B
Tuanku
C Hamba D
Patik
271 ”_________
menitahkan seluruh rakyat jelata datang ke istana,” kata Sultan
Aminurasyid.
A Baginda B
Hamba
C Patik D
Beta
272 “Hamba ingin menjemput tuan
_______ ke majlis perkahwinan anak hamba,”
kata Pak Man.
A baginda B
tuanku
C hamba D
patik
273 ”Segala titah ___________, akan patik
junjung,” kata Bendahara Tun Perak.
A beta B
tuanku
C baginda D
tuan hamba
274 ” _________ mahu balik ke rumah,” kata
Pak Leman kepada tok penghulu.
A Hamba B
Patik
C Beta D
Tuanku
275 Tuan
puteri ________ di atas katil yang cantik.
A beradu B
santap
C bersiram D
bertakhta
276 Kata inang, “Silakan __________, tuanku.”
A gering B
makan
C minum D
santap
277 Semua
inang telah berangkat menemani tuan puteri________.
A gering B
hinggap
C bersiram D
bersemayam
278 Sultan Iskandar gundah-gulana kerana
ayahanda baginda sedang ________.
A gering B
santap
C beradu D
mangkat
279 Baginda amat ________ apabila mengetahui
perkara itu.
A sedih B
murka
C sukacita D
dukacita
280 Raja
permaisuri baru saja
_________ di takhta dua purnama yang lalu.
A duduk B
beradu
C memerintah D bersemayam
281 Ayahanda baginda telah _________
semusim yang lalu.
A meninggal
dunia B
diputerakan
C mangkat D
mati
282 Kata bendahara Tun Perak,”Ampun
_________, segala titah tuanku telah patik
laksanakan.”A beta B patik
C hamba D
tuanku
283 Seluruh rakyat jelata sedang membina istana_________
untuk putera
mahkota.
A hinggap B
terbang
C tinggal D
duduk
No comments:
Post a Comment