PENJODOH BILANGAN - LATIH TUBI UPSR
LATIH TUBI TATABAHASA :
PENJODOH BILANGAN
Pilih jawapan yang paling
sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
1 Untuk memagari kebunnya, Pak Hussin
telah membeli beratus-ratus _________ kawat berduri.
A utas B gulung C gelung D bidang
2 __________ bunga kenanga
terselit pada sanggul Siti
A Sejambak B Sekuntum C Sejambangan D Sebatang
3 Sapu tangan itu dijahit
dengan se __________ benang.
A utas B untai C gulung D lembar
4 “Masukkan se __________ garam
ke dalam lauk itu,” kata Mak Cik Tijah kepada Leha.
A cuit B cubit C colet D genggam
5 __________ awan mendung
berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B
Sekelompok C Sehamparan
D
Sekumpulan
6 Beberapa __________ pulau
yang indah terdapat di Langkawi, Kedah.
A kelompok
B tompok C buah D biji
7 Se
____kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja
tulisnya.
A patah
B
potong C cebis D untai
8 Abang membeli dua __________ durian di pasar.
A biji B ulas C buah D buku
9 Salmah menggunakan se
__________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk C lembar D cucuk
10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke
arah perompak itu.
A butir B das C biji D pucuk
11 Buku itu berharga dua belas
ringgit se __________ .
A papan B keping C naskhah D rangkap
12 Beliau memulakan ucapannya
dengan se __________ pantun.
A baris B patah C rangkap D buah
13 Ibu membeli dua __________
petai di gerai itu.
A gelung B papan C mata D biji
14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B
berkas C kotak D pucuk
15 Salmah membeli sebatang tebu
dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat
__________ .
A sebiji
B seruas C sehiris D seketul
16 Pak Cik Amir mempunyai
beberapa ________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota.
A pintu
B
papan C bidang D rangkai
17 Pemuda itu telah menjumpai
__________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A seutas B sebilah C sejambak D serumpun
18 Beberapa __________ mutiara
diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
A ulas
B
butir C keping D potong
19 Ayah memasukkan __________
filem ke dalam kameranya.
A segulung B segelung C sekajang D sebuah
20 Pemuda itu membeli
__________ surat khabar mingguan di kedai Sofi.
A sekeping
B
selembar C senaskhah D sehelai
21 “Tolong belikan saya se
________ pisang dan se _________ rambutan di gerai buah-buahan itu,” pesan ibu
kepada ayah.
A biji ... buah
B sisir ... Ikat
C tandan ... gugus
D sikat.....longgok
22 “Letakkan lima _______
mangkuk dan beberapa _______ camca di atas meja itu,” kata Chef Osman kepada
pembantunya.
A biji ... batang
B buah ... batang
C bekas ... bilah
D butir ... bilah
23 Zurina menggubah dua _______
bunga mawar. Kemudian, dia meletakkannya di atas se _______ almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah
24 Pak Cik Omar ke hutan dengan membawa ________ parang dan
______ tali untuk mencari rotan.
A sebentuk ... selembar
B sebatang ... segelung
C selaras ... segulung
D sebilah ... seutas
25 Najwa mengambil __________
isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
A seekor B secubit C seketul D segenggam
26 Ayah membelikan adik
__________ langsat dan __________ rambutan.
A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus
27 Suriani menghadiahi gurunya __________ bunga
dan __________ pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang
28 Polis telah melepaskan
beberapa _____ tembakan dengan menggunakan lima _______ rifel M16.
A butir ..... pucuk
B das ..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das
29 Ibu membeli __________ kain
songket dan __________ tikar di Kedai Payang.
A sehelai ... segulung
B secarik .... segelung
C secebis ... sehamparan
D sehelai ..... sebidang
30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
A genggam .... segerombolan
B batang ..... sekumpulan
C ketul .... sekawan
D kepal ..... seekor
31 ______ senapang dan
beberapa _______ peluru telah dijumpai
di tepi bangunan itu.
A Sebatang ..... biji
B Sedas ..... buah
C Selaras ..... butir
D Sekaki ..... butir
32 Berapa harga __________ ikan
dan __________ sayur sawi ini?
A sebakul ... seberkas
B selonggok ... seikat
C seberkas .. seikat
D sekawan ..... segulung
33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu
memasukkan _______ asam gelugur dan beberapa ______ bawang merah.
A sepotong …..
biji
B sehiris…las
C seketul…… biji
D sekeping ….. biji
34 Setiap kali ayah pulang dari
kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________
kelapa.
A ulas …..
sikat
B biji …..
tandan
C ikat …..
tandan
D ikat …..
sisir
35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________
kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur
….. pintu
B kaki …..
Baris
C batang …..
deret
D baris …..
buah
36 Sebelum beredar dari rumah
nenek, emak sempat menjamah ______ pulut dan memakan _______ sirih.
A seketul
….. sekeping
B segenggam …..
sehelai
C sepotong …..
selembar
D sekepal …..
sekapur
37 Tiap-tiap orang yang
menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa ________ penggali dan
beberapa ________ dawai.
A sebatang ….
gelung
B sebuah…..gelung
C sekerat…. lembar D
sebilah….. utas
38 Emak menanam beberapa______
sayur dan tiga_________serai di belakang rumah untuk menjimatkan
perbelanjaannya.
A baris
….. pucuk
B deret …..
kelompok
C batas …..
rumpun
D ikat …..
jambak
39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk
dijadikan pinggan.
A sekepul
B segugus C setompok D segumpal
40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk
mencari makan.
A Sepasukan B Sekawan C Serumpun D Segerombolan
41 Hanya ________ penduduk di
kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa __________ maktab
perguruan.
A segelintir …buah
B segolongan… biji
C sekelompok…deret
D sekumpulan …..
baris
42 Orang tua itu memilih
beberapa ______ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di _____
tanah terbiar.
A ulas… sekaki
B biji …sekeping
C tongkol… sebidang
D buah ... sekumpulan
43 Beberapa _______ lilin
dititiskan di atas ________ kertas lukisan untuk menghasilkan corak batik.
A batang ... sekeping
B titis ... sebidang
C titik ... sekeping
D titik ... sebidang
44 Beberapa ______ cendawan
yang aneh ditemui oleh dua orang pencinta alam sekitar di Hutan Lipur Sekayu.
A batang B pohon C pucuk D kaki
45 Tuan Haji Razali membeli
beberapa _______ buluh dan lima _________ kelapa di pasar tani untuk membuat
lemang.
A ruas ... biji
B rumpun ... Ulas
C batang ... butir
D batang ... buah
46 Ibu memetik __________ pucuk paku di tepi paya untuk
dimasak gulai lemak.
A segenggam
B
secekak C segugus D sejambak
47 Junainah membeli tiga ___
tapai ubi dan dua ____ lemang di pasar malam Batu Tiga.
A bungkus ... potong
B gugus ... puntung
C biji .... rumpun
D buku ... ketul
48 Terdapat beberapa ______
batu-bata di hadapan rumah Saerah yang sedang dalam pembinaan itu.
A tompok
B
longgok C butir D biji
49 Razman pergi ke Lumut untuk
membeli se __________ payung dan se
__________ jala.
A bentuk ... rawan
B buah ... jambak
C kaki ... Rawan
D batang ... buah
50 Ayah membeli lima __________
nasi lemak.
A bungkus B ulas C buah D ketul
51 Nurin membeli dua __________
benang untuk menjahit baju.
A buah B buku C utas D gelung
52 Ibu menggunakan lima ________
sabun untuk membuat gubahan bunga sabun itu.
A batang B biji C buku D potong
53 Abang Adi memperoleh untung
yang besar setelah menjual ________
lembu pawahnya.
A sereban
B
sesangkar C sesarang D sekandang
54 Kakak memberi adik se
__________ biskut dan dua __________
nangka .
A ketul ... biji
B keping ... ulas
C ketul ... Butir
D potong ... tongkol
55 Nenek menyapukan beberapa
__________ kapur di atas daun sirih itu
lalu menggobeknya.
A kepal B carik C calit
D
colek
56 Azharina memakai ______
kancing baju yang berwarna keemas-emasan semasa pergi ke majlis itu.
A sebentuk
B
segenggam C sekeping D sebiji
57 Di belakang rumah Noraini
ada __________ sungai dan se __________ buluh.
A sebuah ... sepohon
B sebatang ... serumpun
C sebidang ... sejambak
D sejalur ... sebatang
58 Ibu hanya memerlukan _______
jarum dan _______ kain untuk menampal
seluar Aiman yang koyak itu.
A selembar ... sepasang
B sebilah ... sebidang
C sebatang ... secarik
D sepucuk ... secebis
59 Arshad makan sepuluh ____
sate dan tiga ___ nasi himpit di warung
Mak Cik Gayah.
A batang ... potong
B cucuk ... ketul
C ketul ... ulas
D bungkus ... butir
60 Nelayan itu memikul __________ jala dan menjinjing __________ ikan.
A serawan ..... sebakul
B sebidang ..... seekor
C serawan ..... seraga
D sekeping ..... ekor
61 Kakak membeli __________ rantai mutiara dan __________
cincin di kedai itu.
A seutas ..... sebiji
B seuntai ..... sebentuk
C sebentuk ..... sebentuk
D segelung ..... sebuah
62 Sebelum pulang nenek sempat
menjamah _________ sirih dan _________ nasi pulut.
A sepiak .. segenggam
B seberkas .. sekepal
C sedaun .. sepinggan
D sekapur ... sekepal
63 Datuk membeli lima _______ dawai untuk memagari ________ tanah kebunnya..
A gulung ..... sebaris
B gelung ..... sebidang
C utas ..... sekeping
D berkas ..... sekepal
64 Budak itu baru dapat menyebut
beberapa______________ perkataan.
A patah B batang C potong
D Rangkap
Ada jawapan tak?
ReplyDelete